SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX
Berita baik buat peminat Salomon di Malaysia dengan pembukaan stor pertama yang menampilkan seleksi produk untuk atlet moden dan penjelajah bandar.
Jenama gaya hidup sukan gunung terkemuka, Salomon akhirnya tiba di Malaysia dengan pembukaan stor perdana pertamanya di Malaysia di The Exchange TRX. Kedai baharu yang membuka pintu pada 26 Jun lalu, menawarkan pengalaman membeli-belah unik dan tersendiri. Sangat sesuai untuk penggemar aktiviti luar, pelari jejak dan peminat fesyen pakaian jalanan.
Stor Salomon di The Exchange TRX menyediakan pilihan kasut sukan dan peralatan berprestasi tinggi yang direka untuk denai bandar, larian bandar dan banyak lagi. Dengan fokus pada gaya dan fungsi, Salomon memastikan bahawa setiap produk memenuhi keperluan atlet moden dan penjelajah bandar.
Pengurus Negara AVID Sports Malaysia Sdn Bhd, Puan Sook Fong menyatakan bahawa pembukaan stor perdana pertama Salomon di Kuala Lumpur bukan sekadar pembukaan kedai biasa. Ia adalah perayaan bersama ke arah kecemerlangan dan pengembaraan.
“Ketibaan Salomon di Malaysia merupakan kejayaan yang penting bagi ANTA Malaysia. Ia membuktikan penerimaan jenama terkenal seperti Salomon dalam kalangan warga tempatan. Dan kami berbangga untuk membawa produk berkualiti tinggi kami untuk prestasi dan keperluan gaya hidup kepada para peminat di Malaysia. Sementara itu, usaha ini turut mencerminkan komitmen kami untuk menembusi pasaran tempatan yang penuh potensi,” katanya.
“Pembukaan kedai ini merupakan detik yang membanggakan bagi kami. Ia menandakan dedikasi kami untuk membawa inovasi dan kecemerlangan bertaraf dunia kepada pengguna Malaysia,” tambahnya lagi.
Koleksi Salomon Terbaharu Untuk Atlet Moden dan Penjelajah Bandar
Kedai terbaharu ini akan menampilkan pelbagai koleksi menarik. Termasuk item prestasi S/LAB yang sangat dinanti-nantikan yang terkenal dengan teknologi dan reka bentuk termaju. Selain itu, rangkaian Sportstyle yang popular menawarkan pilihan serba boleh dan bergaya untuk pakaian harian. Peminat juga boleh menantikan pelancaran edisi terhad, seperti kerjasama eksklusif dengan pereka antarabangsa terkenal Sandy Liang. Kepelbagaian yang menanti pelanggan menjadikan kedai ini destinasi yang mesti dikunjungi untuk penggemar fesyen dan kecergasan.
Selain itu, kedai ini juga membezakan dirinya dengan menawarkan rangkaian produk dan koleksi eksklusif yang luas.
“Kedai kami yang baharu ini merangkumi semangat Salomon untuk pengembaraan dan aktiviti luar. Dan ia menawarkan akses kepada produk yang menginspirasikan dan memperkasakan komuniti untuk mencapai lebih jauh sambil merangkul keseronokan penerokaan. Kami teruja untuk melihat bagaimana reka bentuk perintis Salomon akan bergema dengan semangat dinamik dan pengembaraan rakyat tempatan,” katanya lagi.
“Para pengembara, pelari denai, dan pengemar fesyen jalanan kini boleh menikmati alam luar dengan produk yang akan meningkatkan prestasi mereka. Kami menjemput semua untuk mengunjungi kami di The Exchange TRX untuk meneroka reka bentuk inovatif Salomon yang telah menjadikannya sebagai peneraju dalam industri.”
Stor Salomon pertama Malaysia yang menawarkan seleksi produk terkini beralamat di: L2.61.00, Plaza The Exchange TRX, Persiaran TRX, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.
Baca lebih lanjut: 50 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR SS25
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI
Piquadro mempersembahkan koleksi FW24, gabungan sempurna gaya Itali dan teknologi canggih kini dibuka di The Exchange TRX dan IOI City Mall.
5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX
Jika anda ingin mempunyai mersyuarat produktif sambil menikmati hidangan. Temui 5 restoran terbaik di The Exchange TRX yang sempurna.
DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA
Jenama pakaian sukan global, DESCENTE terkenal dengan koleksi yang inovatif dan ‘never-before-seen’ dalam memberikan solusi terbaik untuk atlet terbaik di dunia.
DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX
Descente kini tiba di Malaysia! Peminat boleh menggayakan koleksi pakaian sukan premium yang berprestasi tinggi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Blue Pongtiwat akan membuat penampilan istimewa pada 24 May ini untuk meraikan pelancaran butik Prada di The Exchange TRX.
10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE
Trove melancarkan butik perdana terbaharu yang terletak di The Exchange TRX dengan himpunan minyak wangi avant-garde dari jenama terbaik di dunia.