SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Hari Lelaki Sedunia diraikan untuk menghargai peranan, pengorbanan dan inspirasi yang dibawa oleh lelaki dalam masyarakat. Dalam dunia digital hari ini, ramai influencer lelaki tampil menyebarkan mesej positif melalui kepakaran, pengalaman hidup dan personaliti mereka yang tersendiri. Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana masing-masing membawa impak tersendiri kepada komuniti. Amati kandungan ciptaan mereka yang sering menghiasi media sosial sebagai inspirasi. Agar lebih bersemangat dan menjadi lebih positif.
Dr. Say Shazril
Dr. Say merupakan figura kesihatan yang sentiasa berkongsi pengetahuan secara jujur, mudah difahami dan penuh empati. Dia sering membincangkan topik berkaitan fizikal, mental serta peranan keibubapaan moden, menjadikannya rujukan ramai lelaki untuk lebih mengambil berat tentang kesejahteraan diri.
Selain membincangkan topik kelelakian, Dr. Say turut menonjol dalam aspek gaya lelaki. Dia seorang yang sangat mementingkan stail dan penampilan diri, dan hal itu jelas terlihat melalui kandungannya di media sosial. Dari segi fizikal, grooming mahupun gaya seharian, kehadiran Dr. Say turut menjadi sumber inspirasi kepada ramai.
Ahmad Ezzrin Loy
Ahmad Ezzrin Loy menonjol melalui gaya hidup berdisiplin, fokus terhadap pembangunan diri dan kandungan motivasi yang realistik. Dia sering berkongsi rutin harian, nilai kerja keras serta perjalanan kerjaya, menjadikannya inspirasi kepada golongan muda yang ingin berubah ke arah hidup lebih produktif.
Ezrin Loy turut menampilkan kandungan digital yang tersusun dan penuh estetika. Banyak inspirasi positif yang dibawanya, termasuk dalam aspek gaya lelaki serta semangat berpasukan melalui penglibatannya bersama pasukan bola sepak Challo.
Dr. Samhan
Dr. Samhan dikenali sebagai antara doktor yang paling aktif membincangkan isu kesihatan lelaki di media sosial. Dalam dunia moden hari ini, ramai lelaki sering memendam tekanan, mengabaikan pemeriksaan kesihatan, dan kurang peka terhadap kesejahteraan diri. Melalui kandungan yang mudah difahami dan bahasa yang tidak terlalu teknikal, Dr. Samhan membuka ruang perbualan yang lebih sihat tentang topik seperti kesihatan mental, kesihatan seksual lelaki, gaya hidup aktif, pengurusan stres serta kepentingan tidur dan pemakanan.
Dia sering mengingatkan bahawa lelaki juga berhak meminta bantuan, berehat, dan menjaga diri tanpa perlu merasa lemah. Personalitinya yang tenang, berpendekatan praktikal dan penuh empati menjadikan setiap perkongsiannya relevan dengan cabaran lelaki hari ini. Dengan menormalisasikan perbualan tentang kesihatan lelaki, Dr. Samhan bukan sahaja memberi ilmu, tetapi turut membina kesedaran bahawa menjaga kesejahteraan diri adalah sebahagian daripada tanggungjawab seorang lelaki moden.
Khairul Amin
Khairul Amin dikenali melalui video memasaknya yang kreatif, kemas dan menghiburkan. Konsistensi serta kerendahan dirinya menjadikan dia antara influencer paling menginspirasikan. Usahanya membina jenama dan berkongsi ilmu menunjukkan bahawa kejayaan datang daripada kerja keras dan niat yang baik. Kami kira, Khairul Amin antara individu dari generasi kini yang layak bergelar ikon baharu.
Tambahan lagi, Khairul Aming adalah bukti bahawa minat yang tulus mampu membawa seseorang jauh. Bermula dari bawah, dia membina kejayaan melalui kandungan memasak yang konsisten dan idea kreatif. Keikhlasan serta kerja kerasnya memberi harapan kepada ramai bahawa sesiapa pun boleh berjaya dalam dunia digital asalkan berani bermula dan terus berusaha.
Dr. Shazif Othman
Namanya mula dikenali sejak terlibat dengan program realiti ‘Who’s Your Bro’. Dr. Shazif memberi inspirasi melalui kandungan kesihatan, kecergasan dan gaya hidup sihat. Pendekatan profesional tetapi mudah diikuti membantu ramai lelaki memulakan perubahan kecil namun konsisten ke arah kehidupan yang lebih seimbang.
Dr. Shazif Othman bukan sahaja berbicara tentang kesihatan lelaki, tetapi turut memberi tumpuan kepada kesejahteraan wanita. Pendekatan inklusifnya menjadikan kandungannya relevan untuk semua, sambil membawa perspektif lelaki moden tentang gaya hidup hari ini. Merangkumi kesihatan, kecergasan hingga kesejahteraan emosi. Gaya penyampaiannya yang matang dan mudah difahami menjadikan dia selayaknya sumber rujukan yang dipercayai oleh ramai.
Gajen Chandra
Sebagai influencer muda, Gajen menggunakan humor sebagai medium untuk menyebarkan mesej positif. Kandungannya ringan tetapi bermakna, menyentuh tentang realiti hidup, fesyen generasi Z dan grooming lelaki.
Gajen Chandra dikenali terutamanya dikalangan generasi muda kerana keberaniannya mengekspresikan gaya dan diri sendiri di media sosial. Memberi inspirasi kepada ramai lelaki untuk lebih yakin dengan personaliti masing-masing. Keaslian itu kini membawanya ke dunia keusahawanan melalui jenama penjagaan kulit, ChandraSkin, membuktikan bahawa konsistensi dan kreativiti membuka peluang lebih besar.
Artikel berkaitan: THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.











