SITISM, ALBUM SOLO KE-20 SITI NURHALIZA AKHIRNYA MENEMUI PEMINAT
Tiga tahun tanpa album, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini muncul dengan album solo ke-20 berjudul Sitism.
Album yang dilancarkan pada 30 Jun lalu ini memuatkan lapan lagu bukan sahaja daripada komposer tempatan tetapi juga dari negara seberang. Antara nama-nama hebat yang menyumbang lagu adalah Aubrey Suwito, Sharon Paul, Luca Sickta dan Tomok dari Malaysia serta Melly Goeslaw dan Andi Rianto dari Indonesia.
Foto: Twitter
Menerusi album itu, Siti Nurhaliza mempertaruhkan lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi berjudul Romansa Kita. Tujuh lagi lagu adalah Menyapa Dunia, Tanpa Diri-Mu, Sehebat Matahari, Ganti, Teratas, Menjaga Cintamu Dan Magis. Sitism dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum album penuh dikeluarkan dalam format digital dan fizikal. Memuatkan 12 lagu, ia dijangka menemui peminat pada bulan Ogos.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LAGU RAYA DATO’ SRI SITI NURHALIZA YANG EVERGREEN
Setiap tahun, nyanyian merdu lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza akan sentiasa kedengaran setiap kali Hari Raya Aidilfitri tiba.
SITI NURHALIZA & JUDIKA BERSATU DI PENTAS THE JOURNEY OF SOUND
Disember ini peminat muzik tempatan akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik, salah satunya The Journey Of Sound yang menggabungkan dua bintang Nusantara tersohor.
ISU TAYANG KEMEWAHAN, AHMAD IQBAL DIBANDINGKAN DENGAN SITI NURHALIZA
Selepas isu ‘jodoh tidak kesampaian’ bersama Datuk Seri Vida menjadi tular, nama Ahmad Iqbal terus hangat di kalangan netizen yang menuduhnya sengaja menayang kemewahan dimiliki di media sosial.








