Skip to content

SPOT IFTAR PILIHAN GLAM LELAKI 2025

SPOT IFTAR PILIHAN GLAM LELAKI 2025

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki akan berkongsi lima spot iftar dengan juadah menyelerakan yang menjadi pilihan kami untuk bulan Ramadhan tahun ini. 

Bulan Ramadan bukan sahaja tentang menghayati ibadah, tetapi juga waktu terbaik untuk berkumpul dan menikmati juadah istimewa bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan. Tahun ini, GLAM Lelaki membawakan senarai eksklusif spot iftar pilihan 2025. Menampilkan destinasi berbuka puasa yang menawarkan pengalaman kulinari luar biasa. Daripada bufet mewah dengan hidangan tradisional Melayu hingga pilihan antarabangsa yang menggamit selera. Sama ada anda mencari suasana klasik yang penuh nostalgia atau lokasi moden dengan sentuhan kontemporari, setiap spot dalam senarai ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang unik dan mengujakan. Bersedia untuk menikmati sajian lazat yang dipersembahkan dengan penuh keunikan serta kehangatan Ramadan dalam setiap hidangan.

#1 Mandarin Oriental Hotel

Nikmati pengalaman perayaan yang luar biasa di spot iftar pertama yang terletak di Mandarin Oriental Hotel. Diamond Ballroom yang akan diubah menjadi sebuah pasar meriah yang menggabungkan keunikan souk Arab dan warisan budaya Malaysia. Dengan suasana yang memukau, dipenuhi aroma rempah-ratus dan hidangan istimewa, para tetamu akan dibawa dalam perjalanan rasa yang menggabungkan kehangatan rumah dan keindahan cita rasa dunia. Dengan hanya RM308 buat dewasa dan RM188 buat kanak-kanak, anda boleh nikmati Bufet Citra Selera Timur & barat dari 28 Februari hinggan 16 Mac 2025. Manakala dari 17 hingga 30 Mac, harga adalah RM328 bagi dewasa dan RM196 bagi kanak-kanak.

spot iftar

#2 The Ruma Hotel

Musim Ramadan ini, The RuMa Hotel and Residences dengan penuh kehangatan menampilkan Sajian Warisan, sebuah pengalaman bufet yang tiada tandingan dalam meraikan warisan kulinari. Dari 3 Mac hingga 27 Mac 2025, SANTAI Pool & Lounge akan berubah menjadi spot iftar yang penuh warna, menampilkan menu yang kaya dengan tradisi, budaya, dan resipi keluarga yang dihargai. Chef Suhalmi, yang terkenal dengan kepakarannya dalam hidangan laksa, membawa kehangatan jamuan keluarga dengan lima jenis laksa istimewa yang mewakili kepelbagaian rasa Malaysia, dari negeri-negeri utara hingga ke Borneo. Sementara itu, Chef Affiq, yang terinspirasi oleh sahabat rapatnya, mempersembahkan Nasi Air Kelantan, hidangan istimewa dari pantai timur yang memberikan rasa keselesaan seperti di rumah.

spot iftar spot iftar

#3 Hotel Indigo Kuala Lumpur

Raikan musim perayaan ini dengan pengalaman kulinari yang mengujakan di Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park. Selera Kampung Buffet di WokStar menawarkan gabungan rasa tradisional dengan sentuhan moden. Ia menjanjikan hidangan yang menggamit kenangan dan kehangatan suasana kampung di tengah kota. Dengan harga early bird RM148 seorang sehingga 5 Mac, dan RM168 seorang selepas itu. Nikmati pelbagai sajian istimewa seperti kambing golek, murtabak, rendang, ayam percik, satay, kuih-muih tradisional, serta minuman tempatan yang menyegarkan di spot iftar pilihan kami ini!

spot iftar spot iftar

#4 The Starhill Dining Shook!

Bagi yang merindui nostalgia menikmati hidangan perayaan dalam suasana kampung tradisional, Tastemakers mempersembahkan Selera Kampong Enak.  Nikmati keseimbangan rasa yang unik dan asli dalam bufet yang disusun dengan teliti, menampilkan resipi kampung turun-temurun. Antara sajian istimewa dari dapur Enak termasuk Rendang Ayam Pedas dan Daging Masak Hitam. Ini ialah hidangan yang membangkitkan kehangatan dan kenangan hidangan klasik Melayu.

#5 The Majestic Hotel KL

Chef Rafizan telah mengumpulkan resipi terbaik yang diwarisi dan dijaga rapi oleh setiap chef berbakatnya. Dia juga menghasilkan seleksi hidangan tempatan yang menakjubkan. Sajian tradisional ini bukan sekadar mencerminkan kepelbagaian rasa dan warisan Malaysia. Ia juga membawa kisah tentang budaya, keghairahan, dan ikatan kekeluargaan. Nikmati hidangan tradisional ini bersama pelbagai rasa antarabangsa, dari klasik Itali yang mewah hingga masakan Jepun yang halus. Semuanya disediakan untuk memikat selera anda. Lengkapkan pengalaman bersantap anda dengan pilihan pencuci mulut yang lazat, sentuhan sempurna untuk menutup hidangan anda dengan manis.

Pautan Berkaitan: WAJIB CUBA: BUFFET MEWAH RITZ CARLTON KEMBALI DENGAN ‘THE RITZY FESTIVE FEAST’