Upset Terbesar di Olimpik Rio
Tidak dinafikan bintang-bintang sukan yang turun padang dalam temasya Olimpik di Rio kali ini menjadi tumpuan. Mereka terdiri dari atlet yang berada dalam ranking top 10 dan dijangka akan mudah layak ke pusingan akhir serta meraih pingat.

Namun tidak seindah yang diharapkan kerana baru beberapa hari kejohanan berlangsung, sudah ada episod upset yang menjadi bualan hangat peminat sukan. Bermula dengan kekalahan mengejut pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic di tangan pemain Argentina, Juan Martin del Potro.
Djokovic yang turut tidak mempercayai nasibnya serta harapan Serbia untuk meraih sebarang pingat hancur seawal sesi kelayakan. Potro yang berada dalam ranking 141 juga tidak mengharapkan sebarang kemenangan dalam pertemuan ini kerana hampir bersara kerana kecederaan pergelangan tangan yang dilaluinya sepanjang 2014 dan 2015.

Menambah manis kejayaan Potro adalah insiden dia terperangkap dalam lif sebelum perlawanan ini berlangsung dan telah diselamatkan oleh team handball Argentina. Nampaknya ia tidak menghalang pemain tenis yang pernah memenangi US Open pada 2009 ini untuk beraksi cemerlang dalam upset terhebat dalam Olimpik kali ini.
Juga dalam sukan tenis, adik beradik Williams mewakili Amerika Syarikat yang sebelum ini tidak pernah tewas dalam saingan di Olimpik terpaksa akur dengan kekalahan di peringkat awal. Mereka tidak dapat mengekang aksi sepadu Lucie Safarova dan Barbora Strycova dari Republik Czech yang berjaya menundukkan duo tenis bertaraf bintang ini.
Satu lagi upset meggemparkan semalam adalah kegagalan pemegang rekod sempurna memanah Kim Woojin dari Korea yang kalah di tangan anak muda dari Indonesia, Riau Ega Agatha. Woojin yang sudahpun membantu pasukannya menang emas sebelum ini dijangka bakal meraih emas keduanya melalui acara ini namun segala spekulasi serta kegagahan Kim lenyap sekelip mata. Mungkinkah Riau akan berjaya pada pusingan suku akhir dan meraih pingat di pusingan akhir nanti. Kita nantikan aksi memanah seterusnya Jumaat ini.


Aksi pasukan bolasepak Brazil nampaknya membawa badi dari prestasi suram mereka di pentas Piala Dunia pada 2014 di tanah air mereka sendiri. Kini nampaknya seolah nasib malang masih mengekori pasukan yang selama ini antara paling digeruni negara di ranking lebih rendah. Seri tanpa jaringan dengan Afrika Selatan pada perlawanan pembukaan melihat penonton tuan rumah turut kecewa dan mengecam mereka. Diikuti dengan aksi hambar di saingan kedua melawan Iraq walaupun dengan kehadiran pemain bintang Neymar. Sekiranya pertemuan dengan Denmark esok tidak membuahkan hasil juga, Brazil tiada lagi harapan dalam persaingan menuju sebarang pingat untuk bolasepak.
Gelanggang bola tampar juga membawa kejutan apabila pasukan pilihan Amerika Syarikat yang menjadi antara favourite kalah di tangan pasukan Kanada. Nampaknya peminat bola tampar bakal menyaksikan aksi segar team Kanada yang cukup bertenaga dan adakah mereka bakal melangkah ke peringkat seterusnya.
Mungkinkah banyak lagi kejutan upset oleh bintang-bintang sukan ternama? Nantikan dan Glam Lelaki akan turut menanti dan update dari masa ke semasa.
Foto: Facebook Olympic
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











