Skip to content

ZAC EFRON BAKAL PEGANG WATAK PEMBUNUH BERSIRI

Kongsikan artikel ini

Ramai sedang menantikan kemunculan Zac Efron dalam filem terbaru Baywatch bersama gandingannya, pelakon aksi terkenal The Rock yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dan khabarnya, sebaik saja Zac tamat mempromosikan filem tersebut, Zac akan kembali sibuk apabila beliau akan turun ke set bagi pengambaran filem terbarunya, filem biopik salah seorang pembunuh bersiri paling terkenal di dunia, iaitu Ted Bundy.

Kali ini, bekas bintang saluran Disney itu dikatakan akan membawakan watak paling gelap pernah disandangnya. Berdasarkan laporan, filem yang berjudul Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile itu akan memulakan pengambaran tidak lama lagi dan akan ditayangkan pada tahun 2018 nanti. Filem yang bakal diarahkan oleh Joe Berlinger itu mengisahkan tentang kehidupan Ted Bundy, seorang lelaki yang menggunakan rupa kacaknya bagi memperdayakan mangsaa dan membunuh hampir 30 orang wanita dari tahun 1961 hinggalah 1978. Ted Bundy dikenakan hukuman renjatan elektrik sampai mati pada tahun 1989.

Bagaimana agaknya persembahan Zac Efron dalam membawa watak pembunuh bersiri paling terkenal itu nanti? Sama-sama kita nantikan!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Mei 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM PADA BULAN JUN 2025

FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025

Bacaan Lanjut
mission impossible the final reckoning

7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU

Bacaan Lanjut
DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK

DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK

Bacaan Lanjut
pameran seni bulan April di sekitar Lembah Klang

5 PAMERAN SENI SEKITAR LEMBAH KLANG BULAN APRIL INI, KAKI SENI WAJIB PERGI!

Bacaan Lanjut

5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS

Bacaan Lanjut

5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR

Bacaan Lanjut