10 FILEM TERBAIK JAKE GYLLENHAAL
Jake Gyllenhaal dikenali sebagai salah seorang bintang versatil dan terhebat dalam generasinya.
Jake Gyllenhaal memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem City Slickers yang ditayangkan pada tahun 1991. Ini diikuti dengan dua filem arahan bapanya, Stephen Gyllenhaal berjudul A Dangerous Woman (1993) dan Homegrown (1998).
Nama aktor berusia 42 tahun ini melonjak naik di Hollywood setelah menjayakan peranan sebagai Homer Hickam dalam October Sky (1999) dan remaja yang mempunyai masalah psikologi dalam Donnie Darko (2001). Sepanjang 32 tahun penglibatan dalam industri hiburan, Jake Gyllenhaal telah membintangi lebih 50 filem dengan membawakan pelbagai watak mencabar.