Tidak dinafikan pelakon Hollywood memperoleh antara pendapatan paling tinggi di dunia.
Bagaimanapun bukan semua aktor dan aktres mempunyai bakat luar biasa yang sama. Sesetengah daripada mereka mampu meraih pendapatan jauh lebih tinggi dengan aura yang dimiliki serta ‘kuasa’ untuk memikat hati penonton.
Seiring populariti, barisan pelakon di serata dunia termasuk Hollywood berjaya memperoleh gaji lumayan bukan saja menerusi projek filem pecah panggung tetapi juga pengiklanan dan kontrak besar sebagai duta jenama. Tidak lupa juga kolaborasi bersama platform penstriman popular seperti Netflix.
Tahun ini merupakan tahun yang bertuah buat bintang veteran seperti Tom Cruise. Filem popularnya yang ditayangkan pada 2022, Top Gun: Maverick masih menyumbang pendapatan kepadanya sehingga kini menerusi penstriman dan perkhidmatan atas permintaan. Sekali gus menyenaraikan sebagai salah seorang aktor dengan bayaran tertinggi pada 2024.
Siapakah pelakon Hollywood lain yang tersenarai pada tahun ini?