Skip to content

10 POWER COUPLE YANG MENDOMINASI HOLLYWOOD PADA 90-AN

10 POWER COUPLE YANG MENDOMINASI HOLLYWOOD PADA 90-AN

Kongsikan artikel ini

Tahun 90-an kekal menjadi dekad ikonik dan sering menjadi sumber inspirasi sehingga ke hari ini.

Mungkin disebabkan fesyennya,  atau mungkin juga kerana ia merupakan dekad terakhir sebelum internet mula menguasai dunia. Walau apa jua alasannya, dekad ini menyaksikan dunia memberi tumpuan penuh kepada perhubungan pasangan selebriti Hollywood.

Antara yang menjadi sebutan adalah Gwyneth Paltrow and Brad Pitt yang sering tampil sedondon di karpet merah. Tidak lupa juga hubungan ikonik Winona Ryder dan Johnny Depp yang berakhir dalam cara memilukan.

Kenali siapakah power couple paling ikonik sekitar tahun 90-an

 

1. Bruce Willis & Demi Moore

Bruce Willis and Demi Moore

Willis dan Moore bergelar suami isteri dari 1987 hingga 2000. Mereka bertemu di tayangan filem dan berkahwin beberapa bulan kemudian di Las Vegas. Bekas pasangan ini berkongsi tiga cahaya mata dan kekal bersahabat selepas bercerai sehingga kini.

 

2. Gwyneth Paltrow & Brad Pitt

gwyneth paltrow brad pitt

Paltrow dan Pitt menjalin hubungan dari 1994 hingga 1997 selepas bertemu di set penggambaran Se7en. Mereka merupakan pasangan popular dan sering tampil di karpet merah dengan pakaian dan potongan rambut sedondon. Pitt sempat melamar namun ditolak oleh Paltrow yang mengakui belum bersedia untuk menjadi isteri.

 

3. Ben Affleck & Gwyneth Paltrow

ben affleck gwyneth paltrow

Pasangan ini bertemu di parti makan malam anjuran penerbit kontroversi, Harvey Weinstein sebelum digandingkan bersama dalam filem Shakespeare in Love dan Bounce. Hubungan mereka berakhir pada 2000 kerana Paltrow berasakan mereka mempunyai pendirian berbeza.

 

4. Winona Ryder & Matt Damon

matt damon winona ryder

Hubungan yang terjalin antara Ryder and Damon tidak lama namun cukup memberi impak. Selepas menghadiri Golden Globes bersama pada 2000, mereka berpisah secara tiba-tiba tidak lama kemudian.

 

5. Johnny Depp & Winona Ryder

johnny depp winona ryder

Kisah romantis Depp dan Ryder merupakan salah satu perhubungan paling ikonik pada tahun 90an. Mereka bertemu pada 1989 sewaktu Ryder membeli sebotol Coke di tayangan perdana filem Great Balls of Fire di kawasan lobi Ziegfeld Theater, New York. Pasangan ini bertunang lima bulan kemudian namun berpisah pada 1993.

 

6. Kate Moss & Johnny Depp

kate moss johnny depp

Moss dan Depp menjalin hubungan dari 1994 hingga 1998. Walau bercinta hanya empat tahun, mereka digelar pasangan paling chic pada 90-an. Selepas berpisah, Moss mengakui menangis tanpa henti mengenangkan perhubungan mereka yang tidak kesampaian.

“Tiada siapa yang benar-benar menjaga diri saya. Johnny pernah melakukannya buat seketika. Saya percaya setiap kata-katanya. Jika saya bertanya, ‘Apa saya perlu buat?’, dia akan sentiasa membantu. Itu yang paling saya rindu. Tiada sesiapa lagi saya mampu percayai selepas itu.”

 

7. Richard Gere & Cindy Crawford

power couple 90-an

Pelakon Pretty Woman dan supermodel ini bertemu di majlis barbeku pada lewat tahun 80-an dan berkahwin di Las Vegas beberapa tahun kemudian. Mereka berpisah pada 1995 selepas empat tahun berumah tangga. Sejak itu, mereka dikatakan tidak lagi bertegur sapa sehingga hari ini.

 

8. Hugh Grant & Elizabeth

power couple 90-an

Menurut InStyle, Grant dan Hurley bertemu di set penggambaran filem Sepanyol, Remando al viento atau Rowing with the Wind pada 1987. Hubungan mereka terjejas pada 1995 apabila Grunt ditangkap atas dakwaan salah laku pencabulan terhadap pekerja seks bernama Divine Brown. Pasangan ini berjaya mengatasi skandal yang timbul dan terus menjalin hubungan selama lima tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah. Mereka kekal bersahabat sehingga kini.

 

9. Nicole Kidman & Tom Cruise

power couple 90-an

Kidman and Cruise bertemu sewaktu menjalani penggambaran filem Days of Thunder dan berkahwin dari 1990 hingga 2001. Jelas Kidman, dia terlalu mencintai suaminya sehigga sanggup melupakan rancangan dan impian hidup sendiri.

Walau bergelar sebagai salah satu pasangan paling lama bertahan di Hollywood, mereka akhirnya bercerai. Cruise kemudian berkahwin dengan Katie Holmes pada 2006, Kidman pula mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Keith Urban pada tahun yang sama.

 

10. David and Victoria Beckham

David and Victoria Beckham

power couple 90-an

Pasangan ini bertemu pada 1997 sewaktu Victoria masih dikenali dengan gelaran Posh Spice dan Beckham pula mencapai kemashyuran antarabangsa bersama Manchester United. Mereka bertunang pada 1998 dan berkahwin setahun kemudian dalam satu upacara yang cukup mewah di Ireland. Menurut W Magazine, Beckham menghadiahkan 14 cincin pertunangan berbeza bentuk buat penyanyi itu. Mereka kini telah lebih 20 tahun bergelar suami isteri dan berkongsi empat cahaya mata.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023