Skip to content

Kenali Alan Wong VJ ‘The MTV Show’

Kongsikan artikel ini

Apakah perkara paling ditakuti?
Saya takut akan sikap tidak mengendahkan atau tidak mempunyai inisiatif untuk mengubah dunia. Atau saya tidak meninggalkan impak positif pada orang sekeliling. Hidup sebegitu bagai tidak bermakna.

Siapakah individu paling dikagumi?
Ayah kerana dedikasinya terhadap karier mengubah perspektif ramai pelajar. Ketekunan dan kesungguhannya dalam bilik darjah meninggalkan kesan terhadap mereka.

What is your favourite journey?
Pada 2011, saya berhijrah dari Los Angeles ke Hong Kong untuk memulakan karier baru. Selepas dua tahun di Hong Kong, saya berpangkalan semula di Singapura dengan harapan mencari peluang yang lebih baik. Tiga bulan kemudian, saya ditawarkan sebagai VJ MTV. This has been my greatest journey.

Apakah perkara paling anda kesali?
Saya kesal terputus hubungan dengan banyak kawan rapat di California. Saya amat rindukan mereka.

Siapa atau apakah cinta teragung dalam hidup anda?
People in general are the greatest love of my life. Saya senang menghiburkan, berkomunikasi, belajar dan berbual dengan orang-orang di sekeliling saya. Hidup jadi lebih bermakna.

Bila atau di manakah tempat anda berasa gembira?
Semakin meningkat dewasa, perkara yang membuatkan kita gembira berubah. Buat masa ini, saya gembira dengan kerjaya dan berada di samping teman wanita saya. Saya juga berasa sangat gembira semasa tinggal di California bersama keluarga dan sahabat.

What is your current state of mind?
Saya sedang fokus sepenuhnya untuk mencari cara bagi menjadikan musim baru rancangan ‘The MTV Show’ the best season yet!

Jika ada satu perkara tentang diri anda yang boleh diubah, apakah perkara itu?
Saya mahu jadi multi-tasking. Kerana saya jenis yang gemar mencurahkan segala tumpuan dan tenaga terhadap satu perkara yang sedang saya fokuskan. Membuatkan saya sukar mengimbangi tanggungjawab lain pada masa yang sama.

Pencapaian terbaik?
Whatever I will end up being, I haven’t achieved it yet.

What is your most marked characteristic?
Tentunya goofiness yang ada pada diri saya.

Apakah perkara paling dihargai dalam teman-teman baik anda?
Kejujuran. Tetapi sukar mencari kejujuran dalam seseorang itu. Setelah anda menemuinya, you know you can always trust that friend.

Perkara yang tidak disukai?
Orang yang tidak jujur. Dan orang yang berpura-pura menjadi kawan baik tetapi menikam anda dari belakang. Saya tidak punya masa untuk melayan semua itu.

Motto anda?
The only true currency we have in this life are our relationships with the people around us. Everything else is just details.

Rutin setiap pagi?
Saya gemar minum secawan kopi terlebih dahulu, kemudian melakukan senaman dan barulah mandi.

Being rich or poor, which one will you choose and why?
Well, sukar untuk memilih menjadi miskin daripada kaya. As long as I am happy, rich or poor works for me.

Rancangan TV suka tonton?
Saya membesar menonton ‘The Real World’. Baru-baru ini saya gemar menonton ‘Jersey Shore’. There is something about that show I just can’t get enough! ‘Game of Thrones’ dan ‘Entourage’ juga adalah kegemaran saya.

What is one thing you want to see it plenty and free in this world?
Gelak tawa. Selagi kita masih dapat lihat humor dan mendengar gelak tawa di dunia ini, things can never be that bad.

How were you as a kid?
Saya kanak-kanak yang banyak cakap. Cikgu pernah menempatkan saya di tempat duduk belakang bilik darjah kerana saya selalu berbual di dalam bilik darjah dengan pelajar lain. I am still like that in some ways.

What is the most memorable class you’ve taken?
‘Philosophy of Race’ semasa di kolej kerana ia membuka mata saya terhadap peranan bangsa dalam masyarakat. Berdarah campuran pelbagai etnik, kelas ini banyak membantu saya mengembangkan identiti saya sendiri.

Kali terakhir anda ketawa besar?
Bersama teman wanita saya. For some reason, it doesn’t take much for us to fall into outrageous fits of laughter. Inilah perkara yang sukakan tentangnya.

Perkara pelik tentang anda?
Rata-ratanya orang memandang pelik obsesi saya terhadap persembahan teater muzikal.

Tip grooming?
Sentiasa cuci muka dan selalu sapu krim pelembap muka. Selain itu, pakai pakaian yang bersih dan elakkan daripada badan berbau.

By Thomas
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut