18 TAHUN MEMEGANG STATUS SUAMI, HISYAM HAMID KEMBALI SOLO
Dua minggu selepas spekulasi perceraiannya tular, Hisyam Hamid akhirnya mengakui bahawa perkahwinannya sudah pun menemui titik noktah.
Pelakon asal Singapura itu memaklumkan rumah tangga yang dibinanya bersama Rosmawati Hanafi hampir dua dekad lalu gagal dipertahankan. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan tarikh dan punca perceraian mereka.
Menurut Hisyam, walaupun tidak lagi hidup bersama sebagai suami isteri, mereka masih mengekalkan hubungan yang baik.
“Saya tidak mahu oleh kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami memusnahkan hubungan ini. Buat masa ini kami rasa jalan terbaik adalah untuk kami tidak lagi menjadi suami isteri.
“Kami hanya mahu fokus mara ke depan. Masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Apa paling penting, kami sama-sama ada tanggungjawab terhadap anak-anak dan mereka juga berada di bawah penjagaan saya,” katanya.
Hisyam Hamid Pilih Positiviti
Perceraian Hisyam dan bekas isteri nampaknya tidak menjejaskan hubungan profesional mereka. Walaupun sudah bercerai, Rosmawati yang mesra dengan panggilan Mel masih kekal menjadi pengurusnya sehingga kini. Mereka juga berkomunikasi dengan baik setiap hari.
“Tak ada yang salah atau negatif untuk kami teruskan demi anak-anak. Apa yang berlaku sudah berlaku. Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tak pasti, masa yang akan menentukan.
“Pada akhirnya dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, tidak semuanya buruk dan negatif. Banyak benda positif yang kami lalui. Dia melahirkan dua anak saya, itu adalah satu pengorbanan besar. Momen itu saya hargai dan hormat dia,” ujarnya.
Hisyam dan Rosmawati disatukan sebagai suami isteri pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
Foto: Arkib Glam Lelaki
Pautan berkaitan: DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“JANGAN PUJUK” – DIANA DANIELLE NEKAD FAILKAN PERCERAIAN TERHADAP FARID KAMIL
Tiada angin tiada ribut, aktres dan penyanyi Diana Danielle meluahkan hasrat mahu bercerai dengan suaminya, Farid Kamil buat kali kedua.
5 DUDA ‘HOT & AVAILABLE’ PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA
Industri hiburan Malaysia kini dibanjiri jejaka-jejaka kacak, lebih-lebih lagi yang bergelar duda hot, menjadi pilihan ramai. Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai pilihan, ada kalanya kita terpesona dengan figura-figura yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Di kalangan lelaki yang sudah bergelar duda, terdapat segelintir yang mampu mencuri perhatian ramai bukan hanya dengan penampilan, tetapi juga dengan…
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024
Dari filem buatan Malaysia, “Tiger Stripes” yang memenangi Critics’ Week Grand Prize di Cannes Film Festival 2023 kepada siri hangat “Mr. & Mrs. Smith” baharu lakonan Donald Glover, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Februari 2024.
TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI
Pelakon asal Singapura, Erwin Dawson kini sah bergelar suami kepada gadis idamannya, Lee Suxiu Solleha Bazilah.
#GLALPHAMEN2023 ‘FRAGRANCE GAME CHALLENGE’ BERSAMA MONTBLANC EXPLORER PLATINUM
Siapakah yang bergelar juara? GLAM Lelaki mengadakan ‘game challenge’ bersama Montblanc Explorer Platinum dan 10 personaliti #GLAlphamen2023 untuk edisi “Our Heroes” tahun ini.
25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen adalah acara tahunan berprestij untuk meraikan individu yang telah memberikan impak positif dalam latar kerjaya masing-masing. GLAM Lelaki senaraikan 25 gaya selebriti terbaik di acara Alphamen 2023.