20 SELEBRITI POPULAR YANG TIDAK PERNAH MENJEJAKKAN KAKI DI MET GALA
Met Gala, salah satu cara paling eksklusif di dunia berlangsung meriah baru-baru ini dengan kehadiran selebriti dan personaliti tersohor.
Mendapat jolokan ‘Oscars of fashion’, ia merupakan acara mengumpul dana buat Costume Institute atau secara rasminya dikenali sebagai The Anna Wintour Costume Center — sempena nama Ketua Pengarang Vogue yang menjadi pengerusi gala sejak 1995.
Setiap tahun acara itu menghimpunkan nama-nama terbesar dalam industri muzik, filem, TV dan fesyen. Tahun ini ia mengangkat tema ‘Sleeping Beauties: Reawakening Fashion’ dengan kod pakaian ‘The Garden of Time’. Ia diinspirasikan oleh cerpen nukilan J.G. Ballard pada 1962 dengan judul sama.
Bagaimanapun sejak diperkenalkan, terdapat beberapa selebriti yang enggan menghadirinya atau tidak pernah mendapat jemputan. Mereka bukannya bintang kelas-B, sebaliknya artis tersohor dan mempunyai ramai peminat.
Lihat siapakah selebriti yang tidak pernah berjalan di karpet Met Gala
Meryl Streep
Aktres ini dijemput menjadi hos bersama pada 2020 namun acara itu terpaksa dibatalkan dek pandemik Covid-19. Dia tidak menerima jemputan sebagai pengacara pada 2021 dan membuat keputusan untuk tidak menghadiri Met Gala dari 2022 hingga kini.
Ryan Gosling
Namanya begitu masyhur terutama selepas tayangan Barbie dan The Fall Guy baru-baru ini. Namun dia tidak pernah berjalan di karpet merah Met Gala sepanjang hidupnya.
Angelina Jolie
Dengan gabungan gaya edgy dan elegan, amat mengejutkan apabila mengetahui aktres ini tidak pernah menghadiri acara itu. Terutama pada tahun 2000-an kala kerjayanya sedang memuncak di Hollywood.
Dwayne Johnson
Walaupun telah membintangi pelbagai filem pecah panggung seperti francais Fast and Furious dan Moana, The Rock tidak pernah menghadiri Met Gala.
Bintang Friends
Barisan pelakon sitkom popular 90-an ini juga tidak pernah membuat penampilan di acara berprestij tersebut. Dari Courteney Cox, Lisa Kudrow, David Schwimmer, Matt LeBlanc, Matthew Perry hingga ke Jennifer Aniston yang menjadi aktres kegilaan pada ketika itu.
Drake
Ramai penyanyi rap pernah berjalan di karpet merah Met Gala namun artis asal Kanada ini bukan salah seorang daripadanya.
Britney Spears
Pasti anda terkejut apabila mendapat tahu Britney tidak pernah menghadiri acara itu, walaupun cukup tersohor pada tahun 2000-an.
Helena Bonham Carter
Walaupun wataknya dalam filem Ocean 8, Rose Weil dilihat berjalan di karpet merah Met Gala dalam gaun mempesona, Helena sendiri masih belum pernah menghadirinya. Dalam satu wawancara pada 2018, dia mengakui tidak pernah mendapat jemputan.
Adele
Ramai peminat ternanti-nanti kemunculannya di Met Gala, tetapi sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.
Christina Aguilera
Penyanyi bersuara lantang ini juga tidak pernah membuat kemunculan di Met Gala.
Brad Pitt
Sama seperti bekas isterinya Jennifer Aniston dan Angelina Jolie, Brad juga belum pernah menjejakkan kaki ke acara tersohor itu.
Empat Aktor Adi Wira
Ramai pelakon adi wira pernah menjadi tetamu di Met Gala, namun sesetengahnya belum pernah. Ini termasuk Chris Pratt (Star-Lord), Jason Momoa (Aquaman), Tom Holland (Spider-Man) dan Jeremy Renner (Hakweye).
Foto: GQ (2)/Vogue
Pautan berkaitan: 12 GAYA PALING MENCURI PERHATIAN DALAM SEJARAH MET GALA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HIMPUNAN GAYA SEGAK & GLAMOR DI MET GALA 2024
Mengangkat tema ‘Sleeping Beauties: Reawakening Fashion’, barisan selebriti popular tampil bergaya dalam rekaan luar biasa dan memukau mata.
SEGALANYA MENGENAI MET GALA 2024
Tinggal satu hari saja lagi sebelum berlangsungnya acara fesyen selebriti paling mengujakan dan ditunggu-tunggu setiap tahun.
APA ANDA PERLU TAHU TENTANG MET GALA 2024?
Bertemakan ‘Sleeping Beauties: Reawakening Fashion’, Met Gala tahun ini akan dihoskan oleh Bad Bunny, Zendaya, Jennifer Lopez dan Chris Hemsworth.