5 FAKTA MENARIK TENTANG NICHOLAS GALITZINE, AKTOR THE IDEA OF YOU
Nicholas Galitzine mencuri perhatian dunia dengan wajah tampan dan bakat lakonan luar biasa.
Namanya menjadi sebutan peminat global sejak membintangi Purple Hearts pada 2022 seterusnya The Idea Of You pada tahun ini di samping Anne Hathaway. Bagaimanapun filem-filem ini bukanlah projek terawalnya.
Nicholas menceburi bidang lakonan pada 2014 ketika berusia 20 tahun menerusi filem pertamanya, The Beat Beneath My Feet. Sejak itu dia telah membintangi pelbagai drama, teater dan filem. Antaranya siri Legends, High Strung, Chambers dan terbaru Mary & George di samping Julianne Moore.
Ini beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Nicholas Galitzine
Merupakan Warga Britain
Nicholas Galitzine dilahirkan pada 29 September 1994 di Hammersmith, London. Bapanya, Geoffrey Leo Alexander Galitzine merupakan seorang usahawan dan bekas pembiaya. Antara perniagaannya termasuk bisnes kitar semula kaca. Ibunya, Lora Maria Konstantina Papayanni berketurunan Yunani. Nicolas kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pernah Berhasrat Menjadi Atlet Ragbi
Sebelum menceburi bidang lakonan, Nicolas memasang angan-angan untuk bergelar pemain ragbi disegani. Dia pernah bermain untuk Harlequins Academy dan mungkin akan terus bersama akademi liga teratas itu jika tidak mengalami kecederaan rotator kaf.
Berbakat Besar Dalam Bidang Nyanyian
Nicolas bukan saja mahir berlakon malah juga bersuara merdu. Dia menyumbang suara untuk tujuh runut bunyi dalam filem pertamanya The Beat Beneath My Feet. Dalam filem muzikal Cinderella pada 2021, dia menyanyikan lagu Am I Wrong bersama Camila Cabello dan Idina Menzel. Artis serba boleh ini turut menulis dan mengeluarkan single pada 2022 berjudul Comfort.
Berketurunan Diraja Rusia
Bapa Nicholas atau nama sebenarnya Nicholas Dimitri Constantine Galitzine merupakan keturunan House of Golitsyn, bekas kerabat putera Rusia. Sama seperti keluarga Diraja Rusia yang lain, mereka diusir dari negara itu semasa Revolusi pada 1917.
Status Perhubungan
Nicolas jarang bercakap tentang wanita yang bertakhta dalam hatinya. Dalam satu wawancara pada 2023, dia berkata kerjaya sebagai pelakon menyukarkannya untuk menjalin hubungan cinta. “Ia sangat sukar. Saya rasa perpisahan dengan bekas-bekas teman wanita terdahulu pada asasnya disebabkan saya perlu selalu travel. Ia sememangnya sukar,” katanya kepada L’Officiel.
Foto: GQ
Pautan berkaitan: 10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024
Dari siri hangat, “Bridgerton” yang kembali dengan musim ketiga kepada rancangan realiti “Super Rich in Korea” yang menampilkan BamBam, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2024.
30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear 2024 di kota Milan dan Paris kali ini?