Skip to content

5 FILEM TERBAIK LAKONAN ZUL ARIFFIN ANDA WAJIB TONTON

5 FILEM TERBAIK LAKONAN ZUL ARIFFIN ANDA WAJIB TONTON

Kongsikan artikel ini

Nama Zul Ariffin hangat diperkatakan tahun ini dek lakonan mantapnya sebagai Sheriffuddin Hussein dalam Sheriff: Narko Integriti.

Filem arahan Syafiq Yusof itu meraih kejayaan luar biasa dalam industri perfileman tempatan. Ditayangkan bermula 18 April, ia telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM44.5 juta hanya dalam masa 14 hari.

Bagaimanapun ia bukan satu-satunya naskah hebat lakonan Zul Ariffin. Aktor berusia 38 tahun ini telah membintangi pelbagai karya yang melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanah air.

Dia juga bakal muncul dalam filem Don Dukun yang akan ditayangkan di pawagam pada 31 Oktober ini.

Lihat beberapa filem terbaik Zul Ariffin menurut IMDb

 

5. Misteri Dilaila (2019)

filem zul ariffin

Skor IMDb: 5.7

Turut dibintangi oleh: Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, NamRon, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi

Sinopsis: Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama menginap di situ, Jefri diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, dia mendapati isterinya sudah hilang lalu terus menghubungi pihak polis.

Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut kerana wanita yang muncul bukanlah isterinya tetapi orang lain yang mengaku sebagai Dilaila.

 

4. Juang (2022)

Juang (2022) - IMDb

Skor IMDb: 6.1

Turut dibintangi oleh: Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Vanidah Imran, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Haoren, Rosyam Nor, Dian P. Ramlee

Sinopsis: Diinspirasikan daripada kisah benar. Enam cerita digabungkan dalam satu filem yang berkisar tentang petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan sebagainya. Ia memaparkan pengorbanan dan semangat frontliner dalam memerangi COVID-19.

 

3. J2: J Retribusi (2021)

J2: J Retribusi (2021) - IMDb

Skor IMDb: 6.2

Turut dibintangi oleh: Ashraf Sinclair, Chen Yiming, Amelia Henderson, Ainin Batrisya, Rosyam Nor, Norman Hakim, Eric Chen, Jasper Supayah, Luqman Hafidz, Shah Rezza

Sinopsis: Jay Zulkarnain, bekas Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) yang kini bertugas sebagai pengawal peribadi kepada ahli perniagaan, Dato Hashim mendapati dirinya terjebak dalam dituasi sukar.

Ketika Dato Hashim dan anak perempuannya, Nadi ditawan oleh penjenayah kejam dan dijadikan tebusan, Jay terpaksa melawan arus untuk menyelamatkan mereka.

 

2. Sangkar (2019)

Sangkar (2019) - IMDb

Skor IMDb: 6.6

Turut dibintangi oleh: Remy Ishak, Mira Filzah, Achey Bocey, Fadlan Hazim, James Mcsweeney, Carliff Carleel, Andy Teh, Rashid Salleh, Ray Era, Nik Adam Mika, Niezam Zaidi, Arman Graseka

Sinopsis: Mengisahkan seorang pejuang MMA angkuh bernama Adam yang menggunakan taktik kotor untuk memenangi pertarungan. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca kecederaan itu.

Lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang menimpa Johan itu telah menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan. Mampukah Adam menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya?

 

1. Sheriff: Narko Integriti (2024)

Sheriff (2024)

Skor IMDb: 7.0

Turut dibintangi oleh: Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, 

Sinopsis: Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas daripada cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Adakah Meth Killer berada dalam Jabatan Narkotik itu sendiri?

 

Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

Bacaan Lanjut
GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE

5 FILEM HEBAT LAKONAN SYAFIQ KYLE TERMASUK SHERIFF: NARKO INTEGRITI

Bacaan Lanjut
SHERIFF: NARKO INTEGRITI LAKAR KEJAYAAN LUAR BIASA

SHERIFF: NARKO INTEGRITI LAKAR KEJAYAAN LUAR BIASA

Bacaan Lanjut
“SAYA ANGGAP REZEKI!” - ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

“SAYA ANGGAP REZEKI!” – ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

Bacaan Lanjut
“SAYA ANGGAP REZEKI!” - ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

“SAYA DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SEMUA” – ZUL ARIFFIN

Bacaan Lanjut