AHLI BTS, V DITUDUH TIDAK PANDAI MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Apabila bercakap mengenai selebriti, mereka biasanya pakar dalam rutin kecantikan dan penjagaan kulit. Namun kemasyhuran dan kecantikan tidak selalunya menjamin bahawa mereka bijak menjaga kebersihan.
Antara artis Hollywood terkenal yang dituduh sebagai pengotor adalah Robert Pattinson. Dia dikatakan mempunyai bau badan yang teruk dan pernah tidak mencuci rambut selama berminggu. Dalam dunia K-Pop pula, V atau nama sebenarnya Kim Tae-Hyung didakwa tidak pandai menjaga kebersihan diri!
Apabila kemunculan BTS mula mendapat perhatian di Hollywood, V sentiasa dikiritik kerana gaya rambutnya terutama pada era Fake Love di mana dia sering menggayakan stail mullet. Dia kemudian memberi satu kenyataan di Instagram menyatakan sebab dia memilih gaya rambut panjang.
“Ramai menyangka saya tidak menggemari gaya ini, namun saya menyukainya. Sebab itulah saya menyimpan rambut panjang.”
Namun kini dia dilihat sering menggayakan dandanan kemas dan lurus, membuktikan dia mengambil berat tentang penampilan dirinya.
Selain itu, dia juga dikecam sebagai tiada adab kerana bersin dengan kuat. Menerusi video ‘V Being Himself part 2’ di YouTube, penyanyi itu dilihat bersin ke arah salah seorang ahli BTS lalu ketawa. Peminat memberi kritikan di ruangan komen, menyelar perbuatannya sebagai pengotor dan menjelikkan.
Satu lagi sebab mengapa V dituduh tidak menjaga kebersihan diri adalah kerana tabiat merokok dan nafasnya yang dikatakan berbau. Menerusi satu video Krismas yang dikongsi pada 2019, peminat mendapati terdapat e-rokok di atas lantai, bersebelahan penyanyi itu. Ia diciap berulang kali di Twitter oleh peminat fanatik BTS, menyebabkan dirinya dikecam.
Sedutan rakaman tersebut membuatkan ramai peminat percaya bahawa V seorang pengotor. Seorang peminat menulis, “dia kelihatan seperti sentiasa mempunyai masalah nafas berbau.”
Walaupun dituduh tidak pandai menjaga kebersihan, tiada siapa tahu kebenarannya. V tetap dianggap menawan dari pandangan mata peminat BTS kerana ketampanan semula jadi yang dimilikinya.
Foto: Thethings
Pautan berkaitan: NICK JONAS PUJI BTS, PEMINAT PULA YANG TERUJA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA
Ahli BTS akhirnya kembali selepas menyelesaikan perkhidmatan tentera mereka. Kini, 6 daripada 7 ahli BTS telah kembali ke industri.
NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY
Lagu-lagu new release K-pop semestinya menjadi satu keperluan untuk di dengari setiap kali dilancarkan di platform-platform muzik digital.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
BROTOX: SUNTIKAN BOTOX EVOLUSI PENJAGAAN DIRI LELAKI MODEN
Lelaki kini mengambil langkah tambahan dalam menjaga wajah Salah satu trend adalah penggunaan Botox, atau lebih dikenali sebagai "Brotox".