Fedi Nuril yang terkenal dengan watak berpoligami akan kembali dengan genre yang lebih kurang pada tahun 2025.
Siapa yang tidak mengenali Fedi Nuril, raja poligami di layar perak ini. Terkenal dengan wataknya sebagai seorang suami yang baik tapi sering poligami, Fedi telah memegang watak ini di dalam beberapa filem. Pada tahun 2025, Fedi sekali lagi akan melakonkan watak poligami ini bersama Revalina S Temat dan Amanda Manopo dalam filem berjudul 1 Imam 2 Makmum. Mari kita lihat natara aktres yang pernah menjadi isteri Fedi Nuril dalam layar perak.
#1 Rianti Cartwright
Pada tahun 2008, filem ikonik Indonesia, Ayat-Ayat Cinta membintangkan Fedi Nuril bersama Rianti Cartwright. Rianti memegang watak Aisha, yang merupakan seorang wanita berpurdah yang berketurunan Turki-Jerman yang sangat kagum dengan Fahri. Ini kerana kecekalan beliau mempertahankan Islam dalam setiap aspek kehidupannya. Mereka menjadi rapat dan memutuskan untuk berkahwin. Perkahwinan Fahri dengan Aisha menjadi kemuncak konflik batin bagi wanita-wanita yang menyimpan perasaan terhadap Fahri.