#ALPHAMEN2021 SYED HARRIS
Syed Harris 26, Pelatih Kecergasan, Usahawan & Personaliti Media
Cabaran terbesar dalam karier anda?
Cabaran terbesar saya sekarang adalah mengimbangi karier dan tekanan sebagai usahawan, pelatih sukan, personaliti media, dan juga seorang anak. Saya perlu memberikan yang terbaik dalam setiap aspek dan juga mempunyai masa untuk diri sendiri.
Pencapaian terbesar anda?
Sudah pasti pembukaan Journey! Banyak yang telah kami lakukan untuk memastikan ia terus memberikan yang terbaik buat semua pengayuh.
Pengaruh terbesar dalam karier?
Rakan perniagaan saya iaitu Haz dan Wen Lin. Mereka memberikan inspirasi dengan cara mereka bekerja yang teliti dan teratur dalam semua aspek untuk memastikan semua berjalan lancar. Sangat mengagumkan dan mereka adalah pemangkin untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti. Bagaimana anda kekal relevan dalam industri ini? Saya cuba menyuntik kreativiti dalam semua perkara yang kami lakukan. Sama ada idea untuk sesuatu acara mahupun kelas kayuhan bertema, kami akan memastikan ia tidak pernah dilakukan lagi sebelum ini.
Stail fesyen anda?
Jika soalan ini diajukan tahun lalu pasti jawapan saya sangat berlainan dengan hari ini. Saya lebih selesa dengan padanan yang selesa, dalam pilihan warna hitam atau putih. Keselesaan sentiasa menjadi keutamaan saya, tetapi estetika saya lebih kepada gaya jalanan yang kasual dan kemas.
Satu perkara baharu anda belajar semasa pandemik?
Saya boleh memasak sekarang!
Pautan berkaitan: #ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa dipenuhi ledakan idea. Bukan sekadar mencipta, Nisa' menghidupkan, mencabar arus, dan sentiasa bermain dengan kemungkinan baru serta tidak takut lari dari kebiasaan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











