PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023
Kisah artis bercerai dan putus cinta dilihat bagaikan trend beberapa tahun kebelakangan ini terutama di Hollywood.
Tahun 2023 menyaksikan beberapa mahligai perkahwinan artis popular berkecai dilanda badai. Ikatan cinta yang disemai bertahun-tahun tidak menjanjikan kebahagiaan abadi dan berakhir dengan perceraian.
Power couple, Joe Manganiello dan Sofia Vergara mengumumkan perpisahan mereka bulan lalu atas sebab tiada persefahaman. Selepas beberapa hari, peminat dikejutkan pula dengan berita perceraian Ariana Grande dan suaminya, Dalton Gomez.
Mangsa terbaharu adalah aktres Black Swan, Natalie Portman. Mahligai 11 tahun yang dibina bersama pereka tari Perancis, Benjamin Millepied musnah sekelip mata disebabkan orang ketiga. Industri hiburan tempatan juga tidak terlepas daripada berita perceraian selebriti.