Skip to content

BAHTERA PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE, KE MANA HALA TUJUNYA?

BAHTERA PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE, KE MANA HALA TUJUNYA?

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Kemelut rumah tangga pasangan terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum menemui jalan penyelesaian.

Mac lalu dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga Farid Kamil dan isteri. Diana Danielle menfailkan permohonan cerai pada 10 Mac atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan. Permohonan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, menyaksikan Farid Kamil enggan melafazkan cerai. Proses diteruskan dengan prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah beberapa hari lalu tanpa kehadiran Diana Danielle.

farid kamil

Foto: Gempak

Jelas aktor berusia 42 tahun itu terlalu sayangkan keluarganya dan cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya daripada musnah. Justeru dia mengemukakan tawaran perdamaian berjumlah RM319,700 yang diharap mampu melembutkan hati isterinya demi kebaikan dua anak mereka, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.

Tawaran itu berupa Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, dan wang pendahuluan nafkah dari bulan Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000. Tidak lupa juga bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan kini bertukar menjadi hutang berjumlah RM44,000.

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

Bacaan Lanjut
PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

Bacaan Lanjut
hubungan suami isteri

9 CARA MUDAH UNTUK MENYEMARAKKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Bacaan Lanjut