Skip to content

BAKAL BERNIKAH, JOHAN AS’ARI DEDAH KEISTIMEWAAN DOKTOR FALSAFAH YANG MENAMBAT HATINYA

BAKAL BERNIKAH, JOHAN AS’ARI DEDAH KEISTIMEWAAN DOKTOR FALSAFAH YANG MENAMBAT HATINYA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Lima tahun menjalin hubungan cinta jarak jauh, Johan As’ari mengesahkan dia bakal menjejakkan kaki ke jenjang pelamin.

Menurut aktor Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, wanita yang berjaya menawan hatinya adalah pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Sains Politik dari sebuah universiti di London. Bakal isteri Johan As’ari yang dikenali sebagai ‘N’ itu kini bergelar usahawan mangga Harumanis di Perlis.

johan as'ari

Foto: Kosmo

Pada usia 37 tahun, Johan As’ari mengharapkan impiannya untuk berumah tangga akan menjadi kenyataan. Pelakon yang dikenali menerusi Juvana itu memaklumkan dia sememangnya meletakkan sasaran untuk bergelar suami tahun ini. Walaupun belum menetapkan tarikh, dia dan teman wanita kini sedang sibuk merancang dan membuat persiapan untuk hari bahagia mereka.

“Kini persiapan perkahwinan hampir 90 peratus siap. Pilihan hati pun sudah ada. Cuma, belum menetapkan sebarang tarikh saja. Masih tidak diputuskan lagi dan saya akan hebahkan kalau jadi nanti. Apapun, perbincangan dengan orang-orang tertentu juga sudah dibuat. Yang nak taja baju kahwin pun dah ada. Jadi, kiranya memang sudah semakin nampak ke arah itu,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
TONTON SEMULA 5 FILEM LAKONAN QUE HAIDAR INI!

TONTON SEMULA 5 FILEM LAKONAN QUE HAIDAR INI!

Bacaan Lanjut
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

Bacaan Lanjut