COLIN FARRELL TUBUH YAYASAN DEMI ANAK PENGHIDAP SINDROM ANGELMAN
‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Begitulah perumpamaan yang menjelaskan situasi aktor Colin Farrell.
Demi kasih sayang terhadap anak lelakinya, Colin membuat keputusan menubuhkan sebuah yayasan untuk menyokong sejenis penyakit sangat jarang ditemui. Sekali gus berkongsi kehidupan mereka kepada umum.
Baru-baru ini bintang asal Ireland itu mendedahkan bahawa anak sulungnya, James Padraig yang kini berusia tahun 21 tahun menghidap Sindrom Angelman.
“Saya mahu dunia berbuat baik kepada James. Saya mahu dunia melayannya dengan penuh kebaikan dan rasa hormat,” katanya kepada People.
Bapa kepada dua cahaya mata itu menambah, sebaik saja anak-anak mencecah usia 21, mereka terpaksa hidup berdikari.
“Semua perlindungan dan pendidikan khas yang disediakan selama ini sudah tidak ada lagi, sudah tamat. Jadi anda perlu hidup dengan orang dewasa yang harus menjadi sebahagian daripada masyarakat moden kita dan tidak ketinggalan,” katanya.
Justeru ini memberi inspirasi kepadanya untuk menubuhkan Yayasan Colin Farrel bagi menyokong Sindrom Angelman. Penyakit ini adalah gangguan genetik kompleks yang menjejaskan sistem saraf. Ini menyebabkan perkembangan terbantut, ketidakupayaan intelektual, gangguan pertuturan, dan masalah dengan pergerakan serta keseimbangan badan.
Colin Farrell Berkongsi Pengalaman Membesarkan James Padraig
James yang dilahirkan pada 2003 adalah cahaya mata hasil perkongsian hidup Colin dengan bekas teman wanitanya, model Kim Bordenave. Mereka menfailkan hak konservator terhadap James pada Mei 2021 ketika dia berusia 17 tahun.
Dalam temu bual terbaru, aktor berusia 48 tahun itu memuji sikap anaknya yang sentiasa berusaha keras sepanjang hidupnya. Malah dia menggelar James sebagai ‘magis’.
“Bila dia mula menyuap makanan sendiri buat kali pertama, wajahnya asyik berkerut-kerut. Namun dia melakukannya dengan baik, dia berjaya makan sendiri. Saya berbangga dengannya setiap hari,” katanya.
Colin mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Henry Tadeusz yang kini berusia 15 tahun. Dia merupakan anak kepada aktres Poland-Mexico, Alicja Bachleda-Curus.
Foto: Cliff Watts/People
Pautan berkaitan: DAVID BECKHAM DEDAH PENYAKIT DIALAMI DALAM DOKUMENTARI NETFLIX
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FOTO PERTAMA COLIN FARRELL DI SET PENGGAMBARAN SIRI THE PENGUIN
Aktor kelahiran Ireland, Colin Farrell secara rasminya kembali sebagai penjahat ikonik dalam filem Batman, Oswald ‘Penguin’ Cobblepot.