“SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY
Kemunculannya di Sukan SEA edisi ke-31 di Hanoi bikin gadis Malaya tak keruan. Gimnas negara, Sharul Aimy mula mencorakkan langkah menekuni lapangan gimnastik sejak dibangku sekolah rendah lagi.
Bakal genap usia 22 tahun tanggal 3 September nanti, pemuda kelahiran Terengganu ini pantas mendapat populariti dek prestasi yang membanggakan juga ketampanan wajahnya. Mahu ‘all out’ tahun ini demi menempah tiket ke Sukan Olimpik Paris, Sharul Aimy membarisi Cover Guy New Gen tahun ini.
Pengarang Rencana : ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Digital : MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif : JOHAN KASSIM, Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming : TIAR ZAINAL, Rambut : CODY CHUA
- Sharul dalam satu perkataan?
Pemalu, sangat pemalu orangnya.
- Perkhabaran terkini Sharul?
Saat ini saya menumpukan sepenuh perhatian untuk bertanding di Kejohanan Dunia Gimnastik di Jerman, Februari nanti sambil menelaah jurusan Penyiaran di UPM.
- Rencana terbesar Sharul bagi tahun ini?
Memasang impian untuk mengumpul pingat emas pada setiap edisi Kejohanan Gimnastik Piala Dunia sekiranya dipertemukan peluang keemasan ini. Demi negara saya akan buat yang terbaik bagi memperoleh posisi mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti.
Matlamat ini termeterai dalam rencana terbesar tahun ini juga kerana tiada lagi gimnas lelaki negara yang berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Gimnastik Piala Dunia. Menyelak sisi peribadi, saya juga mahu menajamkan kemahiran berkomunikasi. Bertujuan untuk membina keyakinan diri memandangkan saya pendiam, pemalu orangnya.
- Satu perkara yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 ini?
Melayakkan diri ke temasya sukan terbesar tahun depan. Itu adalah impian yang saya pasang sejak dari kecil lagi. Sekalipun terdedah dengan risiko kecederaan, tiada kebimbangan. Jika kita dapat peluang, manfaatkan ia dengan sebaik-baiknya. Umumnya seorang atlet itu berpunya tarikh luput. Senang kata, wear and tear pada tulang dan sendi adalah perkara biasa kerana gimnastik melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang. Tambah lagi, memerlukan latihan yang konsisten.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN
GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan urban di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa, ringan dan bergaya.
25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan #GLAMXGLAMLELAKIFASHIONPARTY2024 bersama Coach Malaysia di KLoe Hotel KL.