Skip to content

DARI FORREST GUMP KE HERE, TOM HANKS & ROBIN WRIGHT BERSATU SELEPAS TIGA DEKAD

DARI FORREST GUMP KE HERE, TOM HANKS & ROBIN WRIGHT KEMBALI BERSATU SELEPAS TIGA DEKAD

Kongsikan artikel ini

Selepas 30 tahun menjayakan filem pecah panggung Forrest Gump, teraju utama Tom Hanks dan Robin Wright berkongsi skrin yang sama sekali lagi.

Beberapa hari lalu, treler pertama Here yang merupakan kolaborasi terbaru mereka didedahkan kepada umum. Filem ini turut menyatukan semula dua pelakon itu dengan Robert Zemeckis, pengarah Forrest Gump.

Robert juga pernah menjalin kerjasama dengan Tom menerusi filem Cast Away, The Polar Express dan Pinocchio, manakala dengan Robin dalam filem Beowulf.

Filem Here yang diadaptasi daripada novel grafik Richard McGuire berkisar tentang beberapa buah keluarga dan tempat istimewa yang mereka diami.

“Kisah ini mengembara melalui generasi, memperlihatkan pengalaman manusia dalam bentuk paling tulen,” menurut sinopsis. Here disifatkan sebagai kisah cinta, kehilangan, tawa, dan kehidupan di sekeliling mereka.

Tom Hanks Robin Wright filem HERE

Foto: Sony Pictures

Sisi Unik Filem Here Lakonan Tom Hanks

Menurut Vanity Fair, Here diceritakan sepenuhnya dari satu perspektif dan bingkai kamera yang tidak bergerak. Tom dan Robin memainkan watak mereka pada beberapa peringkat kehidupan yang berbeza.

“Perspektif tunggal tidak berubah, tetapi semua di sekelilingnya berubah. Ia sebenarnya tidak pernah dilakukan sebelum ini. Terdapat adegan serupa dalam filem senyap awal dahulu sebelum bahasa montaj dicipta. Tetapi selain itu, ya, ia satu langkah yang berisiko.

“Ia berjaya kerana lakonan mereka sangat bagus. Tom dan Robin serta-merta faham bahawa mereka perlu kembali ke 40 atau 50 tahun dahulu dan menunjukkan bagaimana kehidupan pada zaman itu. Mereka perlu bawa tenaga dan postur yang tepat, termasuk intonasi suara yang nyaring,” tambah Robert.

Selain Tom dan Robin, Here turut dibintangi oleh Paul Bettany, Kelly Reilly dan Michael Dockery. Filem ini akan menemui penonton di layar perak pada 15 November 2024.

 

Foto: Getty Images/Sony Pictures

Pautan berkaitan: PENAMPILAN TOM HANKS SEBAGAI GEPPETTO DALAM FILEM PINOCCHIO MENCURI PERHATIAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024

Bacaan Lanjut
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

Bacaan Lanjut