DI SEBALIK TABIR PENGGAMBARAN GLAM LELAKI X ZEGNA
Apakah cinta di hati seorang lelaki?
Untuk edisi Februari 2020, GLAM Lelaki bekerjasama dengan label Itali, Ermenegildo Zegna untuk mempromosi kempen #WhatMakesAMan. Yakni satu kempen fesyen Ermenegildo Zegna yang mahu mengajak kita membuka dialog fasal kelelakian. Apakah yang membentuk seorang lelaki? Adakah emosinya, fizikalnya, atau hubungannya dengan persekitaran dan orang lain?

Rapper & produser, Altimet
Yang nyata, tidak wujud satu formula spesifik untuk menggambarkan identiti ‘lelaki’. Maka untuk projek ini, kami telah merekrut empat personaliti yang masing-masing mewakili imej seorang lelaki yang kompleks dan berdimensi, ikhlas dan punya identiti tersendiri.

Photographer, Ridduan TTFGA Ismail
Hajat kami adalah untuk memecah stereotaip dengan menampilkan kepelbagaian imej seorang lelaki. Maka, menerusi lensa jurufoto GL, Edmund Lee, kami rakamkan siri portret rapper Altimet, pemuzik Josh Kua, jurugambar Ridduan TTFGA Ismail dan penyanyi monoLoque, masing-masing menyerlahkan kualiti-kualiti yang membentuk kekayaan dan lapisan karakter yang wujud pada insan bergelar ‘lelaki’ – sama ada sisinya yang gagah tapi vulnerable (Altimet), yang tegap dan eksentrik (Ridduan), atau yang puitis dan berbudaya (monoLoque), mahupun yang berani dan flamboyant (Josh Kua).

Pemain biola, Josh Kua
Juga, memandangkan dunia menyambut Hari Memperingati Kekasih bulan ini, kami turut mengajak empat jejaka ini untuk berkongsi pandangan mereka perihal hubungan seorang lelaki dengan cinta. Uniknya, sambil menggayakan seleksi persalinan dan kasut dari koleksi Ermenegildo Zegna Musim Bunga 2020, dalam paparan ini Altimet, Josh Kua, Ridduan Ismail dan monoLoque juga menyarungkan kemeja-T #WHATMAKESAMAN yang membentangkan mesej ‘Love Makes A Man’. Sebahagian daripada inisiatif kebajikan From A To Zegna, hasil jualan daripada t-shirt #WHATMAKESAMAN ini akan disalurkan kepada badan amal Cesvi dengan tujuan melindungi dan membekalkan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik serantau dunia. T-shirt ini dijual pada harga RM1,050 di kesemua butik Ermengildo Zegna sekarang.

Penyanyi & penulis lagu, monoLoque
Untuk melihat portret-portret empat Lelaki Alfa ini dan mendekati pandangan peribadi mereka berkaitan cinta, dapatkan naskhah GL Februari 2020 kini di pasaran.
Penyelaras & tatagaya: Johan Kassim dibantu oleh Arie Sampornak
Rambut: Fendi Sani Mekap: Emmy Agung
Pakaian: Kesemuanya daripada koleksi Ermenegildo Zegna Musim Bunga 2020
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











