Skip to content

DISERANG PENYAKIT, JUSTIN TIMBERLAKE TUNDA KONSERT JELAJAH DUNIA

DISERANG PENYAKIT, JUSTIN TIMBERLAKE TUNDA KONSERT JELAJAH DUNIA

Kongsikan artikel ini

Nampaknya Justin Timberlake terpaksa mengecewakan peminat demi memberi fokus pada kesihatannya.

Beberapa hari lalu penyanyi berusia 43 tahun itu mengumumkan dia terpaksa berehat seketika daripada Forget Tomorrow World Tour kerana mengalami radang pada paru-paru dan peti suara. Konsert itu bermula sejak April lalu.

“Hai semua. Saya berasa tidak sihat sejak beberapa persembahan lalu dan rupa-rupanya saya menghidap bronkitis dan laringitis. Saya mohon maaf kerana terpaksa menjadualkan semula tarikh persembahan akan datang. Terima kasih kerana memahami, saya akan membalas jasa anda semua – JT,” tulisnya di Instagram.

Bekas anggota NSYNC itu turut memuat naik poster konsert terkini yang memaparkan tarikh baru yang ditunda ke Februari tahun hadapan. Konsert ini adalah bersempena album studio keenamnya, Everything I Thought It Was dan menampilkan 29 lagu hebat termasuk My Love, Cry Me A River, Suit & Tie serta Rock Your Body.

penyakit Justin Timberlake, konsert Justin Timberlake

Foto: Getty Images

Tahap Kesihatan Justin Timberlake Merudum?

Keputusan yang diambil Justin untuk menangguhkan Forget Tomorrow World Tour bukanlah perkara baru. Awal bulan ini dia turut menunda persembahannya di Newark, New Jersey kerana mengalami kecederaan yang tidak didedahkan.

“Saya memohon maaf kerana menangguhkan persembahan malam ini. Sebenarnya saya mengalami kecederaan yang menghalang saya daripada membuat persembahan. Saya sangat kecewa kerana tidak berjumpa dengan anda semua – tetapi saya sedang berusaha untuk menjadualkannya semula secepat mungkin.

“Saya berjanji akan menebusnya dan memberikan persembahan hebat yang anda layak dapat. Terima kasih kerana memahami. Saya hargai sokongan anda sentiasa,” tulisnya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: JUSTIN TIMBERLAKE DITAHAN ATAS TUDUHAN MEMANDU KETIKA MABUK

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN TIMBERLAKE DITAHAN ATAS TUDUHAN MEMANDU KETIKA MABUK

JUSTIN TIMBERLAKE DITAHAN ATAS TUDUHAN MEMANDU KETIKA MABUK

Bacaan Lanjut
NSYNC KEMBALI MEWARNAI DUNIA HIBURAN DENGAN LAGU BAHARU

NSYNC KEMBALI MEWARNAI DUNIA HIBURAN DENGAN LAGU BAHARU

Bacaan Lanjut
DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL LOUIS VUITTON

DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL KEMPEN LOUIS VUITTON

Bacaan Lanjut
SELEBRITI HOLLYWOOD YANG BERTEMU JODOH MENERUSI KENALAN

SELEBRITI HOLLYWOOD YANG BERTEMU JODOH MENERUSI KENALAN

Bacaan Lanjut

RAMBUT FROSTED KINI KEMBALI LEBIH AGRESIF

Bacaan Lanjut

7 FILEM INSPIRASI ATLET PERLU TONTON OLEH PEMINAT SUKAN

Bacaan Lanjut