Skip to content

ELTON JOHN HILANG DAYA PENGLIHATAN AKIBAT JANGKITAN

ELTON JOHN HILANG DAYA PENGLIHATAN AKIBAT JANGKITAN

Kongsikan artikel ini

Pemuzik Inggeris, Elton John membuat satu pengumuman mengejutkan tentang tahap kesihatannya baru-baru ini.

Ketika berucap kepada tetamu di Dominion Theatre di West End London selepas persembahan malam gala amal The Devil Wears Prada: The Musical, Elton mendedahkan bahawa dia kehilangan penglihatan akibat jangkitan teruk.

“Sebahagian daripada anda mungkin tahu, saya mengalami masalah mata dan kini tidak dapat melihat. Saya tidak dapat menonton persembahan itu, tetapi saya seronok mendengarnya. Terima kasih kerana hadir pada malam ini,” katanya.

Foto: Getty Images

Elton merupakan penulis lagu untuk The Devil Wears Prada: The Musical yang dibintangi oleh Vanessa Williams sebagai Miranda Priestly. Persembahan acara amal itu turut ditonton barisan bintang terkenal termasuk Ketua Pengarang Vogue Anna Wintour, Lily Collins dan Elizabeth Hurley.

Elton John Redha Dengan Ketentuan

September lalu penyanyi itu mendedahkan dia hanya mempunyai penglihatan pada sebelah mata dan ianya terhad selepas mengalami jangkitan teruk sepanjang musim panas.

“Saya kini sedang pulih namun prosesnya sangat perlahan. Untuk penglihatan saya kembali, ia akan mengambil masa yang lama,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Pelantun Rocket Man itu memperincikan keadaan matanya dalam rancangan Good Morning America bersama Robin Roberts pada minggu lalu.

Elton John

Foto: Good Morning America

“Malangnya, saya buta pada mata kanan Julai lalu selepas mendapat jangkitan di Selatan Perancis. Kini sudah empat bulan saya tidak dapat melihat.

“Dan mata kiri saya juga bermasalah, harapnya ia akan baik-baik saja. Saya berserah saja buat masa ini,” ujarnya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: DRAKE ALAMI KESAN SAMPINGAN LUAR BIASA AKIBAT JANGKITAN COVID-19

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024

5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024

Bacaan Lanjut
25 LAGU YANG PALING LARIS SEPANJANG ZAMAN

25 LAGU YANG PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2022 [UPDATED]

Bacaan Lanjut