“ERTI SEBENAR DI SEBALIK MENJADI SEORANG LELAKI SEJATI” – THOMPSON GOH #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki bulan ini mempersembahkan Thompson Goh yang merupakan salah seorang barisan pelakon utama Kahar Kapla High Council.
Thompson Goh atau lebih senang disapa sebagai Tom telah berjaya menerusi sesi uji bakat dengan memegang watak sebagai Li dalam filem Kahar Kapla High Council. Ikuti temubual santai GLAM Lelaki bersama Tom dengan berkongsi perkara menarik tentang dirinya.
THOMPSON GOH #GLBLACKWHITESERIES
1. Huraikan stail dan gaya fesyen anda dalam tiga perkataan?
Casual, cool dan cozy.
2. Apakah rutin ‘workout’ anda apabila ke gim?
Rutin workout saya biasanya terdiri daripada bodyweight movement seperti pull up, push up dan kini saya juga fokus mengamalkan slow run untuk kardio hampir setiap hari. Basically i am my own gym!
3. Apakah aktiviti atau perkara yang anda lakukan untuk bersantai di hujung minggu?
Kebiasaannya, saya sering bersantai di hujung minggu dengan food hunting di kawasan Klang Valley. Terutamanya, saya akan menikmati hidangan pencuci mulut bersama secawan kopi Americano. I love to eat!
4. Apakah yang menarik tentang filem Kahar Kapla High Council yang boleh anda kongsikan?
Bagi saya, perkara yang menarik tentang filem ini ialah amalan tradisi yang diamalkan dalam High Council itu sendiri. Di sini, kita juga dapat lihat realiti sebenar yang berlaku di sekolah daripada segi pembulian yang berlaku sehingga ke hari ini. Dan sudah tentu, memahami daripada sudut erti sebenar di sebalik menjadi seorang lelaki sejati!
5. Fakta menarik tentang anda yang semua orang tidak tahu?
Mungkin mereka di luar sana menganggap saya seperti “happy go lucky person” tetapi hakikatnya saya percaya yang saya merupakan seorang yang serius. Saya sangat komited dalam apa jua perkara yang saya lakukan termasuk kerjaya, rutin harian mahupun dalam perhubungan.
6. Siapakah idola anda sebagai panduan kejayaan?
Idola saya sehingga kini sudah semestinya Dwayne Johnson (@therock). Kita sudah tahu beliau merupakan seorang pelakon, bintang WWE dan fitness enthusiast yang terkenal. Apa yang saya kagumi tentang beliau ialah dedikasi dan disiplin dalam melakukan apa jua perkara.
Seperti yang kita dapat lihat, beliau juga sibuk dengan kerja seperti kita semua, tetapi dia sangat berdedikasi dan konsisten dalam rutin senamannya. Motivasi yang saya kagumi ialah walaupun kita akan sibuk sepanjang hari, tetapi kita masih komited dalam meluangkan masa untuk diri sendiri seperti bersenam di awal pagi.
7. Rancangan terbesar anda pada tahun ini?
Rancangan saya ialah dengan mendalami industri lakonan. Sekarang ini saya percaya saya sudah menguasai Bahasa Melayu dengan lancar untuk masuk dalam industri lakonan di Malaysia. Pada masa yang sama, saya mahu pergi ke kelas lakonan dan kelas seni mempertahankan diri untuk mengasah apa sahaja kekurangan saya. Self development!
Baca lebih lanjut: “SAYA SANGAT SUKA DENGAN MISTIK” – IYZDHAM ANGKIMHWA #GLBLACKWHITESERIES
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI
Filem Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh pelakon-pelakon yang sangat berbakat dan bakal menjayakan filem ini.
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA NOVEMBER 2024
Tinggal dua bulan lagi sebelum tahun 2024 berakhir, namun layar perak kekal rancak dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.
FAZZIQ MUQRIS, KONGSI TIPS & BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERSEMANGAT DAN KONSISTEN (PART 1)
Fazziq Muqris terbukti berjaya mengubah diri dengan bentuk badan fit dan ideal. Perubahan tersebut telah membawa dirinya ke fasa baharu. Fazziq berkongsi beberapa tips sihat kepada GLAM Lelaki.
KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL
Filem yang menanti penonton di pawagam tahun ini adalah Kahar Kapla High Council dan bakal mencetus fenomena selepas prekuel siri, Projek: High Council.
“SAYA SANGAT SUKA DENGAN MISTIK” – IYZDHAM ANGKIMHWA #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries bulan ini menampilkan Iyzdham Angkimhwa yang telah mendedahkan aspek-aspek dirinya yang menarik untuk diketahui.
“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki menampilkan Rizal Rasid yang berasal dari Brunei, dan kini meluaskan sayapnya di Malaysia.