FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN LUCIDRARI
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: EL MANDA ZUHAIRY Dandanan: YUSOF RUZAIMI Gambar: EDMUND LEE, Teks/Temubual: BATRISYIA FAISAL

Apabila anda mengalami creative block, apakah perkara pertama yang anda lakukan untuk keluar daripadanya?
Selalunya, saya akan keluar berjumpa rakan-rakan dan cuba untuk tidak memikirkan tekanan itu. Selalunya, mereka yang mengalami creative block merupakan mereka yang terlalu fokus dengan kerja kreatif mereka. Jadi jika ia terjadi kepada saya, saya akan lari daripada dunia kreatif buat sementara waktu dan buat perkara yang menyeronokkan saya.
Bagaimana anda mengaitkan muzik dengan fesyen? Adakah anda rasa kedua-duanya berkait rapat?
Sangat-sangat berkait. Kerana muzik merupakan cara untuk saya mengetengahkan gaya hidup yang dibawa oleh saya. Jadi, gaya hidup yang dibawa oleh saya sesuai dengan fesyen yang saya bawa.
“Gadisku” telah meraih banyak pencapaian dalam industri hip hop Malaysia. Sebagai penulis dan penerbit lagu ini, apa yang boleh kami nantikan daripada anda pada masa akan datang?
Saya sedang membuat persediaan untuk satu album, mungkin bakal dilancarkan pada bulan yang terdekat ini.

Jika muzik anda mempunyai warna, apakah warna itu dan mengapa?
Saya rasa, putih. Mungkin buat album saya yang sebelum ini, hitam. Tetapi kerana saya sudah membuat persiapan untuk album baharu yang bakal keluar ini selama setahun setengah, jadi saya rasa untuk album ini, sangat berkait dengan warna putih.
Apakah satu lagu dalam diskografi anda yang mempunyai makna peribadi paling mendalam bagi anda, dan apakah kisah di sebalik lagu itu?
Bagi saya, dalam semua lagu yang saya cipta, lagu yang memberi makna buat saya ialah ‘Outro versi Extended’ kerjasama saya dengan Eemrun. Sebab disebaliknya ialah kerana lagu ini menceritakan tentang patah hati dan trauma masa silam saya. Jadi, ia memberi makna buat saya.
Artikel berkaitan: FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.











