Skip to content

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NAJMI NIERY

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: EL MANDA ZUHAIRY Dandanan: YUSOF RUZAIMI Gambar: EDMUND LEE, Teks/Temubual: BATRISYIA FAISAL

Bagi Najmi, adakah bahasa memainkan peranan penting dalam muzik? Mengapa?

Secara peribadi, saya tidak rasa bahasa memainkan peranan yang penting dalam muzik. Kerana jika melodinya menarik, ia bakal menarik perhatian anda juga. If the melody hooks, it enters your soul. 

Apakah satu lagu dalam diskografi anda yang mempunyai makna peribadi paling mendalam bagi anda, dan apakah kisah di sebalik lagu itu?

Lagu saya yang berjudul Memori Singkat. Ia sebenarnya mempunyai makna yang mendalam buat saya. Pada asalnya, lagu ini dicipta untuk pasangan bercinta. Tetapi sebenarnya ia mempunyai makna yang lebih besar dari itu.

Apabila anda mengalami creative block, apakah perkara pertama yang anda lakukan untuk keluar daripadanya? Pernahkah anda mendapat inspirasi daripada sesuatu yang tidak disangka?

Sejujurnya, saya bakal menyendiri. Itu ialah perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk mendapat semula ilham artistik. Sangat banyak perkara yang tidak disangka terjadi di dalam kehidupan saya. Sebagai contoh, saya berpeluang untuk mengenali seseorang beberapa tahun yang lalu. Saya tidak jangkakan hubungan kami, tetapi selepas perkenalan kami, ia tidak berjalan dengan lancar.

Apakah projek atau perancangan masa depan Najmi dalam kerjaya?

Saya sedang bersedia untuk melancarkan beberapa lagu buat masa ini. Saya berharap untuk melancarkan sebuah album pada hujung tahun 2025. Sebelum melancarkan album saya, beberapa single akan dilancarkan juga.

Adakah gaya fesyen Najmi berubah sepanjang kerjaya? 

Ya, semestinya. Kerana sebelum memasuki industri muzik, saya tidak rasa gaya fesyen saya begitu baik. Tetapi apabila saya mula memasuki industri ini, saya merasakan bahawa saya patut berusaha lebih keras untuk memperbaiki gaya fesyen saya.

najmi niery

Apakah cara terbaik untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal ketika bekerja sebagai seorang pemuzik?

Secara emosi, lebih-lebih lagi ketika menulis lagu anda perlu mengalami kejatuhan untuk menghasilkan karya, terutamanya lagu sedih. Secara rohaninya, mungkin mengambil sedikit tahap kerohanian untuk meletakkan diri anda ke dalam lagu itu. Sebagai contoh, lagu Memori Singkat yang sebenarnya ditulis untuk pasangan bercinta. Semakin saya mendalami lagu ini, saya menjumpai maksud yang baru buat lagu ini. Lagu ini juga boleh menjadi satu reminisensi tentang memori anda bersama rakan-rakan dan keluarga.

Adakah perkara seperti ini sering berlaku? 

Ya, ketika proses penulisan lagu selalunya kami hanya merangka erti dasar lagu itu dan buat sesetengah lagu, jika dilihat dengan lebih mendalam, anda boleh jumpa maksud yang lebih mendalam.

Artikel berkaitan: FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN LUCIDRARI

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NYK glam lelaki

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK

Bacaan Lanjut
ALVN

ALVN, “SAYA MAHU MENCUBA WATAK LEBIH GELAP, PUNYA DIMENSI YANG LEBIH MENDALAM.”   

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN LUCIDRARI

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN AZIZ HARUN

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI

Bacaan Lanjut