FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: EL MANDA ZUHAIRY Dandanan: YUSOF RUZAIMI Gambar: EDMUND LEE, Teks/Temubual: BATRISYIA FAISAL

Adakah gaya fesyen NYK berubah sepanjang kerjaya?
Ya, semestinya. Saya rasa dahulu saya sukakan gaya yang avant-garde, seperti jenama Yohji Yamamoto. Tetapi sekarang, saya sering menggayakan gaya fesyen yang lebih kasual dan basic seperti Uniqlo dan Lemaire. Hanya jenama-jenama yang lebih kasual. Mungkin saya lebih santai sekarang haha! Just letting my vibe carry.
Bagaimana anda mengaitkan muzik dengan fesyen? Adakah anda rasa kedua-duanya berkait rapat?
Bagi saya, ia saling melengkapi. Audio dan visual merupakan seni yang berkait rapat antara satu sama lain. Citarasa anda dalam fesyen, muzik dan apa-apa sahaja menunjukkan identiti anda. Lebih-lebih lagi muzik dan fesyen, kedua ini saling melengkapi seperti di dalam muzik video, penggayaan memainkan peranan yang penting dalam menggayakan artis tersebut untuk menepati konsep lagu tersebut.
Apakah projek atau perancangan masa depan NYK dalam kerjaya?
Saya mempunyai sebuah album yang bakal dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini. Single pertama buat tahun ini mungkin akan dilancarkan pada bulan April atau Mei, dan saya akan terus mengeluarkan single setiap bulan, hingga bulan Oktober untuk album penuh.
Semua orang mempunyai lagu guilty pleasure mereka. Apakah satu lagu atau artis yang anda suka dalam diam dan mungkin mengejutkan peminat anda?
Saya sebenarnya meminati NJZ (NewJeans), haha! Bagi saya, mereka adalah kumpulan k-pop terbaik yang saya ketahui, mereka sangat cool. Muzik mereka sangat berbeza dengan kumpulan lain. Antara lagu kegemaran saya ialah ETA. Ia berada di satu tahap yang lain. Selain itu, Supernatural.

Apa yang memberi inspirasi kepada NYK sebagai seorang pemuzik untuk mencipta karya anda sendiri?
Sudah tentu, pengalaman peribadi. Kebanyakkan artis yang mencipta lagu sendiri mendapat inspirasi daripada pengalaman peribadi dan kehidupan mereka. Tetapi selain itu, mendengar muzik yang banyak juga penting dalam mendapatkan ilham sebagai seorang pemuzik. Saya sering dengar muzik baru dan lama, yang jarang di dengari. Sangat bagus bagi seorang pemuzik untuk meluaskan pandangan tentang muzik.
Bagi anda, adakah bahasa memainkan peranan penting dalam muzik? Mengapa?
Ia bergantung kepada individu. Sesetengah orang menyukai rentak dan melodi lagu dan sesetengah menyukai liriknya. Secara peribadi, saya suka menulis lirik yang bagus, tetapi bagi pendapat saya, kebanyakkan pendengar tidak terlalu fokus kepada lirik yang di dengari. Kadangkala, mereka hanya mahu berseronok mendengar lagu berdasarkan perasaan yang mereka alami. Jika rentak lagu gembira tetapi liriknya sedih, mereka tidak akan merasa kesedihan. Jadi ia bergantung kepada individu. Untuk saya, saya akan fokus kepada lirik jika mendengar lagu. Dan jika pemuzik itu menulis lirik yang bagus, saya sangat menghargainya sebagai seorang pemuzik. Tapi sejujurnya, seperti muzik k-pop dan anime, saya juga dengarkan lagu-lagu itu dan bahasa bukanlah satu isu yang besar dalam muzik.
Artikel berkaitan: FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN LUCIDRARI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN
Onitsuka Tiger hadir dengan model terbaharu yang diinspirasikan oleh bola tampar era 1980-an, ROTEMIT™ dengan rona-rona unik.











