FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: EL MANDA ZUHAIRY Dandanan: YUSOF RUZAIMI Gambar: EDMUND LEE, Teks/Temubual: BATRISYIA FAISAL

Top & seluar: DOLCE & GABBANA
Anda telah berada di dalam industri selama 6 tahun, bagaimana pengalaman anda memberi pengaruh terhadap muzik anda?
Bagi saya, syukur kerana ketika saya bermula di dalam dunia muzik, saya masih muda. Dalam masa yang sama ketika itu, PKP telah berlaku. Apabila berada di rumah, saya mendapat banyak ilham untuk mendengar lagu yang boleh menambah baik vokal saya dan minat dalam muzik. Sebagai contoh, ketika masih muda saya sukakan penyanyi seperti Justin Bieber. Tetapi apabila semakin membesar, saya dapat lihat bahawa dunia muzik ini amat besar dan lebih banyak genre lagu yang boleh diterokai.
Siapa yang memberi inspirasi kepada anda dalam kehidupan seharian, di luar muzik?
Arwah atuk saya merupakan inspirasi saya. Beliau merupakan seorang yang sangat baik hati, beriman dan saya ingin jadi sepertinya. Saya ingin menjadi seorang cucu yang baik dan mengikuti langkah, serta akhlaknya.
Bagaimana anda menghubungkan muzik dengan fesyen? Adakah ianya berkait?
Bagi saya, ya kerana sebagai seorang penghibur, kita perlukan pakaian yang cantik. Kita mampu menarik perhatian ramai dengan pakaian kita. Setiap genre lagu membawa ke konsep fesyen seperti contoh, hiphop seringkali dikaitkan dengan gaya fesyen hiphop dan Y2K. Bagi saya, fesyen sangat membantu dalam dunia muzik.

Top, DOLCE & GABBANA
Jika muzik anda mempunyai warna, apakah warna itu dan mengapa?
Biru dan putih. Kerana bagi saya, biru memberi saya aura keyakinan dan biru merupakan warna kesukaan saya. Biru juga kelihatan seperti seorang yang tegas dan berdisiplin dalam segala yang dilakukan olehnya. Putih pula melambangkan positif bagi saya, supaya saya tidak berputus asa dalam dunia muzik. Putih merupakan warna yang cerah, suci dan bersih. Ia juga berkait dengan muzik saya.
Apakah satu lagu dalam diskografi anda yang mempunyai makna peribadi paling mendalam bagi anda, dan apakah kisah di sebalik lagu itu?
Saya bakal keluar dengan sebuah lagu balada selepas raya. Ia mempunyai makna peribadi buat saya. Saya telah mencipta lagu ini sejak tahun lepas, ketika saya putus hati dan sedih. Lirik di dalam lagu itu mengisahkan tentang diri saya dan perhubungan saya bersama seorang gadis. Jadi, saya juga berharap lagu ini mampu di fahami oleh orang ramai tentang saya.
Artikel berkaitan: GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN SYAFIQ KYLE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH
Kehadiran penyanyi generasi baharu bukan sahaja menyegarkan industri hiburan tempatan, malah membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing dengan penyanyi yang sedia ada.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.











