FAIZAL TAHIR UMUM BEREHAT PANJANG DARI INDUSTRI SENI
Pengumuman itu dikongsi bersama peminat menerusi satu nota tulisan tangan yang dimuat naik di Instagram.
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang setia di sisi sepanjang perjalanan ini. Sama ada sejak hari pertama atau baru semalam, terima kasih tidak terhingga jauh dari sudut hati saya.
“Saya bekerja tanpa henti sejak pelancaran Assalamualaikum pada 2015. Anatomi, Rojak, Qibla, dan projek-projek lain sememangnya berbaloi, Alhamdulillah. Namun saya sudah kehabisan tenaga dan kepenatan yang saya alami adalah nyata.
“Qibla adalah buah tangan terakhir saya buat anda semua sebelum berehat panjang selepas Aidilfitri. Saya amat memerlukan waktu untuk keluarga dan diri sendiri,” tulisnya.
Tambah Faizal, dia akan terus berada dalam industri dengan menulis dan menerbitkan lagu, namun bukan lagi untuk diri sendiri. Sudah lama dia berhasrat untuk berundur diri dari industri muzik namun sehingga kini belum diizinkan Tuhan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BELASUNGKAWA! FAIZAL TAHIR & ASHRAF MUSLIM KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA
Semalam merupakan hari mendukacitakan buat dua bintang terkenal, Faizal dan Ashraf apabila bapa masing-masing dijemput Ilahi ke dunia abadi.
PENYATUAN SEMULA FAIZAL TAHIR & MIRWANA MENERUSI AKU TANPA CINTAMU 2021
Lagu ini pernah membawa tuah apabila dinobat sebagai Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era pada 2005.
Sembilan Gaya Terbaik Lelaki Anugerah Grammy 2021
Glam Lelaki mempamerkan sembilan penampilan selebriti lelaki berpakaian terbaik sepanjang pertunjukan anugerah muzik tahunan Grammy 2021.
IT’S ALL ABOUT ACCESSORISING!
Selebriti generasi baru ternyata lebih berani bereksperimen dengan fesyen. Wajah masa kini disaksikan ligat mengenakan aksesori yang 'bold' sebagai tunjang utama kala berfesyen.
VIDEO MUZIK ‘SEJATI’ FAIZAL TAHIR BIKIN SEBAK
Video muzik terbaru dari Faizal Tahir untuk lagu Sejati sememangnya tidak mengecewakan.
AIM22: Siti Nurhaliza Terus Ungguli, Yuna & Sheila Majid Gemilang
Setelah tertangguh setahun, AIM 22 kembali menjulang karyawan yang telah bertungkus lumus dalam pembikinan sesebuah melodi dan album.