Skip to content

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

Kongsikan artikel ini

Walaupun ada ura-ura mengatakan Timothee Chalamet dan Kylie Jenner telah berpisah, hakikatnya jalinan cinta antara mereka semakin mekar dan kukuh.

Satu sumber mendedahkan bahawa pelakon dan mogul kecantikan itu merupakan pasangan serasi dan hebat. Malah semua orang terdekat menyenangi dan gembira dengan perhubungan mereka.

“Timothee rapat dengan keluarga Kylie, begitu juga sebaliknya. Dia juga sudah mula bergaul dan menyesuaikan diri dengan anak-anak Kylie.

“Perhubungan mereka serius, tetapi juga menyeronokkan. Mereka berjaya cari keseimbangan antara masa berkerja dan masa berkualiti untuk satu sama lain,” jelas sumber.

Kylie Jenner Timothee Chalamet

Foto: Getty Images

Aktor berusia 28 tahun itu kini berada di New York untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Marty Supreme. Bintang The Kardashians itu pula menetap di Los Angeles.

Garis Masa Perhubungan Timothee Chalamet & Kylie Jenner

Walaupun pasangan ini mula dikaitkan pada April 2023, mereka tidak membuat penampilan bersama secara terbuka sehinggalah bulan September ketika menghadiri konsert jelajah dunia Renaissance Beyonce.

Beberapa hari kemudian, kelibat pasangan itu dilihat di Minggu Fesyen New York dan Terbuka AS 2023. Sejak itu mereka telah beberapa kali muncul di tempat awam termasuk janji temu di Anugerah Inovator Majalah WSJ pada November 2023, Golden Globe 2024 pada bulan Januari dan menonton wayang bersama pada bulan Jun.

Foto: Getty Images

Pada pertengahan bulan Ogos, aktor Wonka itu menyertai Kylie dan keluarganya ke Bahamas bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke ke-27.

Kylie turut meluangkan masa bersama kakak Timothee, Pauline Chalamet pada pertunjukan Coperni di Minggu Fesyen Paris pada 2 Oktober lalu.

Keberadaan Kylie di sana adalah sebagai penutup pertunjukan rumah fesyen itu. Memandangkan Timothee tidak dapat hadir, Pauline muncul memberi sokongan dan kedua-duanya dilihat memeluk satu sama lain sebaik sahaja pertunjukan tamat.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM SUKAN MARTY SUPREME

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM SUKAN MARTY SUPREME

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM SUKAN MARTY SUPREME

Bacaan Lanjut
AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU

AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU

Bacaan Lanjut
JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut