Skip to content

GLAM LELAKI RAI ULANG TAHUN KE-15 BERSAMA ALPHAMEN 2022

Kongsikan artikel ini

Mengangkat tema “Joyful Future”, GLAM Lelaki ke-15 meraikan ulang tahun ke-15 bersama 15 Alphamen 2022 dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air.

Menyemarakkan momen yang penuh sejarah, GLAM Lelaki meraikan ulang tahun ke-15 dengan penganjuran sebuah acara yang cukup meriah. Mengangkat tema “Joyful Future”, GLAM Lelaki mempersembahkan 15 Alphamen (dan woman) 2022 dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air.

Dihoskan oleh Shalma Aina, acara #GL15 kali ini telah disokong oleh Montblanc, Volkswagen Malaysia dan juga Montblanc Perfume selaku penaja utama Alphamen 2022. Tetamu yang hadir berpeluang melihat secara dekat koleksi aksesori kulit Montblanc Extreme 3.0 terbaharu, serta mendapatkan penanda buku eksklusif. Montblanc Perfume pula menyediakan kaunter dengan seleksi wangian buat lelaki. Tidak dilupakan, tetamu juga dipamerkan dengan kereta ikonik Golf R-Line terbaharu daripada Volkswagen Malaysia.

 

Acara dimulakan penuh energi dengan persembahan daripada kumpulan Salammusik. Dikuti dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Kreatif GLAM dan GLAM Lelaki, Aizat Aidid. Dalam ucapannya, Aizat telah mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan juga selebriti tanah air yang terus menyokong GLAM Lelaki sebagai platform eksklusif buat lelaki Malaysia. Selepas itu, kesemua Alphamen 2022 yang hadir telah diberikan sebuah plak sebagai penghargaan kepada mereka.

Menuruti intipati “Alfa dan Cemerlang” tahun ini, GLAM Lelaki membariskan 15 personaliti dan individu dari pelbagai latar belakang, punya pengaruh dan kejayaan dalam arena masing-masing. Alphamne 2022 terdiri daripada Syafiq Kyle, Awal Ashaari, Hael Husaini, Zaquan Adha, Noki K-Klique, Rizman Ruzaini, Nazreem Musa, Aedy Ashraf, Dato’ Jovian Mandagie, Adrian Teh dan Bryan Loo, Kel Wen, Eddy Syamin, Kenji Chai dan juga Aina Abdul.

Seterusnya, acara ulang tahun ini dihangatkan lagi dengan persembahan mantap daripada Hael Husaini. Women of the Year, Aina Abdul pula menutup acara kali ini dengan persembahan vokal yang memukau dengan lagu “Shadow”.

Antara tetamu selebriti yang telah hadir memeriahkan parti kali ini termasuklah Meerqeen, Anna Jobling, Daiyan Trisha, Jo Flizzow, Ismail Izzani, Nazim Othman, Fadlan Hazim, Shahrul Aimy, Yonniboi, Dolla, Shuib, Yusuf Bahrin, Zizi Kirana, Alvin Chong, Ekya Farhana, Ain Edruce, dan ramai lagi.

Swipe di bawah untuk melihat tetamu selebriti yang hadir:

1 of 27

1 of 27

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
anugerah juara lagu

SIAPA BAKAL MENJUARAI TROFI ANUGERAH JUARA LAGU 2024? #AJL38

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

Bacaan Lanjut