Skip to content

HUBUNGAN DENGAN SUAMI IBARAT RAKAN SEBILIK, JESSICA ALBA PILIH BERCERAI

HUBUNGAN DENGAN SUAMI IBARAT RAKAN SEBILIK, JESSICA ALBA PILIH BERCERAI

Kongsikan artikel ini

Salah satu pasangan terkenal Hollywood, Jessica Alba dan Cash Warren menamatkan perkahwinan mereka yang bakal memasuki tahun ke-17.

Jessica mengakui usaha untuk memastikan api cinta terus membara dalam rumah tangga adalah sukar dan mereka gagal melakukannya. Bagaimanapun pasangan itu akan terus mengekalkan hubungan baik demi kesejahteraan anak-anak.

“Tidak kira apa berlaku sekarang ini, mereka akan kekal rapat. Jika mereka menfailkan perceraian sekali pun, bukannya kerana mereka membenci satu sama lain. Mereka masih kelihatan gembira bersama,” jelas satu sumber.

Jessica Alba

Foto: Getty Images

Jessica Alba Dedah Realiti Perkahwinan

Empat tahun lalu aktres Trigger Warning itu mendedahkan pergelutannya untuk mengekalkan kemanisan berumah tangga. Ia ia bertambah rumit selepas kehadiran tiga anak mereka; Honor, 17, Haven, 13, dan Hayes, 7.

“Semuanya hangat dan romantis selama dua setengah tahun, namun selepas itu hubungan kami bagaikan rakan sebilik. Kami sekadar melakukan apa yang diperlukan. Ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan,” katanya kepada Katherine Schwarzenegger Pratt dalam rancangan Before, During, and After Baby di Instagram.

Jessica Alba bercerai

Foto: Instagram

Jessica mendirikan rumah tangga dengan penerbit filem itu pada 2008 ketika hamil cahaya mata sulung. Jelasnya, kehadiran Honor dan Haven tidak diduga justeru mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri.

Pada awalnya dia dan suami menikmati aktiviti romantis berdua setiap minggu di mana mereka mengelak berbincang tentang anak-anak mahupun rutin harian di rumah. Namun lama-kelamaan, “ia tidak menjadi, atas apa jua alasan,” katanya.

Ketika itu Jessica turut mengakui walaupun mereka mengambil berat etika komunikasi, dia tidak mempunyai jawapan kepada rahsia perkahwinan yang bahagia. “Jika anda temui jawapannya dalam perkahwinan anda, jangan lupa beritahu saya,” selorohnya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: KES PERCERAIAN SELESAI, ANGELINA JOLIE & BRAD PITT BUKA LEMBARAN BARU