Skip to content

JAAFAR ONN MENINGGAL DUNIA PADA 25 RAMADAN

JAAFAR ONN MENINGGAL DUNIA PADA 23 RAMADAN

Kongsikan artikel ini

Penghibur serba boleh, Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir pada 3 April, hanya seminggu sebelum Syawal menjelma.

Pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak veteran ini meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada 11.32 pagi ketika berusia 73 tahun. Allahyarham dilaporkan terkena serangan jantung ketika sedang menjalani prosedur endoskopi.

Anak angkat Jaafar Onn, Mohd Hanif Mohd Hashim mendakwa telah dimaklumkan oleh doktor bahawa prosedur itu berisiko tinggi disebabkan keadaan jantungnya yang agak lemah.

“Papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor beritahu prosedur itu berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah. Tetapi terpaksa buat disebabkan mengalami pendarahan.

“Kadar deguan jantungnya tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 pagi dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” katanya.

Jenazah dibawa pulang ke kediaman keluarga dan dikebumikan di Tanjung Gading, Muar, Johor.

Jaafar Onn

Foto: X

Penyakit Yang Dihidapi Jaafar Onn

Menurut Hanif, Allahyarham mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti ketika membuang air besar.

Doktor memaklumkan pendarahan itu kemungkinan berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang terlalu lama untuk sakit lutut yang dialaminya. Sebelum ini tahap kesihatannya sudah pun merosot sehingga terpaksa duduk di kerusi roda.

Pemergian Jaafar Onn merupakan satu kehilangan buat industri hiburan tanah air dan amat dirasai peminat-peminatnya. Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham adalah seorang artis ikonik dan berbakat besar dengan kemahiran berlakon, menyanyi, mengacara dan melawak.

Allahyarham Jaafar Onn

Foto: Gempak

Antara drama yang menaikkan namanya adalah Cili Padi (1993) sebagai Cikgu Jaafar dan sitkom Sambal (1995) sebagai Bujang. Allahyarham juga menghiburkan penonton dengan peranannya sebagai Profesor Amin dalam filem XX Ray (1992) dan Bendahara dalam Putera (1995). Kali terakhir dia muncul sebagai Tyson dalam filem komedi keagamaan, 18 Puasa Di Kampong Pisang pada 2021.

Salam takziah daripada Glam Lelaki. Semoga roh Jaafar Onn dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

 

Foto: Facebook

Pautan berkaitan: BINTANG GEN V, CHANCE PERDOMO MENINGGAL DUNIA PADA USIA 27 TAHUN