“JANGAN PUJUK” – DIANA DANIELLE NEKAD FAILKAN PERCERAIAN TERHADAP FARID KAMIL
Tiada angin tiada ribut, aktres dan penyanyi Diana Danielle meluahkan hasrat mahu bercerai dengan suaminya, Farid Kamil buat kali kedua.
Perkara itu dikongsikannya bersama peminat menerusi satu hantaran di Instagram pada 28 Oktober.
“Saya membuat keputusan untuk berpisah dengan suami secara rasmi dan akan menfailkan perceraian. Tidak, saya takkan jelaskan mengapa. Mungkin dia akan jelaskannya seperti biasa dengan bunga, cincin dan janji-janji kosong. Semoga hidup anda bahagia,” tulisnya.
Aktres berusia 33 tahun itu turut menambah komen ringkas di ruangan kapsyen. “Rujuk buat untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih.”
Diana turut memuat naik hantaran sama di Instagram Story. Menerusi satu lagi perkongsian, dia meminta Farid agar tidak memujuknya untuk mengubah keputusan yang telah dibuat. “Oh dan jangan pujuk,” tulisnya.
Detik Hitam Dalam Perkahwinan Diana Danielle & Farid Kamil
Jika hasrat bintang Ganjil itu menjadi kenyataan, ia menandakan perceraian kedua buat pasangan merpati dua sejoli ini. Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta.
Namun dek krisis berpanjangan dalam rumah tangga, mereka sah bercerai pada 10 Ogos 2023 melalui Google Meet. Bagaimanapun jodoh pasangan itu nampaknya masih kuat. Mereka membuat keputusan untuk merujuk semula sebulan kemudian sewaktu dalam tempoh iddah.
Hasil perkongsian hidup selama lebih 10 tahun, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11 dan Nur Aurora yang kini berusia sembilan tahun.
Foto: The Star
Pautan berkaitan: BERKONGSI MESEJ MENYENTUH HATI, PEMINAT TITIP DOA BUAT FARID KAMIL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET
Tiada angin tiada ribut, Sean Lee mengumumkan dia telah pun selamat disatukan dengan model, pempengaruh dan usahawan Bay Doucet.
KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA
Lima tahun hidup solo setelah bercerai, Keith Foo akhirnya menemui insan istimewa yang kini bertakhta di hatinya.
TAHNIAH! AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON TIMANG ANAK KEDUA
Puteri sulung mereka yang diberi nama Inara Raisa dilahirkan pada pukul 8.58 malam di sebuah pusat perubatan di Perth, Australia.
18 TAHUN MEMEGANG STATUS SUAMI, HISYAM HAMID KEMBALI SOLO
Dua minggu selepas spekulasi perceraiannya tular, Hisyam Hamid akhirnya mengakui bahawa perkahwinannya sudah pun menemui titik noktah.
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN
Pasangan merpati dua sejoli itu memuat naik sebuah video acara gender reveal yang diadakan di kediaman mereka semalam.