KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak pada hujung minggu lalu.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku sewaktu Nicole dan Keith tiada di rumah. Rompakan itu disedari seorang pekerja pasangan itu sejurus selepas penceroboh memecahkan tingkap untuk masuk. Sebaik saja mendengar kekecohan, perompak bergegas melarikan diri.
Tidak dapat dipastikan jika terdapat barangan atau harta yang berjaya dilarikan. Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat, menurut laporan TMZ.

Foto: Backgrid
Hartanah Milik Nicole Kidman & Keith Urban
Pasangan asal Australia itu sudah 16 tahun menginap di kediaman mewah tersebut yang dibeli mereka pada 2008. Hartanah seluas 3,977 kaki persegi itu mempunyai lima bilik tidur dan empat bilik mandi. Terdapat juga kolam renang, ruang patio dan dek di tingkat dua.
Selain di Beverly Hills, Nicole dan Keith juga memiliki sebuah rumah agam bernilai RM13.3 juta di Nashville, dua kediaman di Australia dan kondominium bernilai RM44.4 juta di New York City.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun 2006 dan dikurniakan dua anak perempuan, Sunday, 16 dan Faith, 13.

Foto: Backgrid
Selain Nicole dan Keith, pasangan lain yang pernah melalui pengalaman rumah dipecah masuk adalah David dan Victoria Beckham pada 2022 serta Shawn Mendes dan Camila Cabello pada 2021.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: TINJAU KEDIAMAN DESA PASANGAN ROMANTIS, KEITH URBAN & NICOLE KIDMAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT
Spekulasi percintaan antara Pedro Pascal dan Jennifer Aniston bertebaran. Adakah dunia bakal menyaksikan sepasang lagi ‘power couple Hollywood’ dilahirkan?
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM
Hampir sepuluh tahun menjalani kehidupan tanpa kehadiran isteri di sisi, Justin Theroux akhirnya kembali bergelar suami.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.
TINJAU KEDIAMAN GAYA SEPANYOL RM155 JUTA MILIK SELENA GOMEZ & BENNY BIANCO
Pasangan pemuzik itu memberi petunjuk bakal menaiki altar dengan membeli sebuah rumah agam mewah di Beverly Hills, California.
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.