KENALI LIZA SOBERANO, PELAKON POPULAR FILIPINA KINI WANITA TERCANTIK TAHUN 2017
Independent Critics baru-baru ini menyiarkan keputusan rasmi senarai wanita paling cantik untuk tahun lepas, iaitu tahun 2017 di mana ia menyaksikan menyaksikan barisan wanita-wanita Asia mendominasi. Dan akhirnya, wanita paling cantik diberikan kepada seorang pelakon dari Filipina, Liza Soberano untuk “The 100 Most Beautiful Faces of 2017”.
Yang menariknya, berdasarkan laman web tersebut, senarai pencalonan disusun oleh kumpulan pengkritik bebas, melalui cadangan yang dikemukakan orang ramai. Bukan sekadar menganggap kesempurnaan estetik tetapi juga “keanggunan, keaslian, keberanian, semangat, kelas, attitude, dan harapan” untuk semua yang terpilih.
Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita kenali lebih dekat siapa Liza Soberano, yang terpilih menjadi wanita paling cantik 2017. And guess what, we are totally agree with this! Liza ternyata anggun, menawan dan jelita!
SIAPAKAH LIZA SOBERANO WANITA CANTIK DI DUNIA?

1. Nama asal Liza adalah Hope Elizabeth Soberano, dan dilahirkan pada 4 Januari 1998. Beliau baru saja berumur 19 tahun.

2. Liza lahir di di Santa Clara, California. Khabarnya, gadis anggun ini berketurunan Filipino-Amerika. Ayahnya adalah Filipina dan ibunya pula orang Amerika. Padanlah..

3. Ini bukan kali pertama Liza tersenarai dalam senarai ini. Liza juga turut tercalon dalam senarai ini pada tahun 2015 dan 2016.

4. Ya, Liza memiliki kebolehan bermain gitar, menyanyi dan menari. Liza juga turut seringkali diundang melakukan persembahan di acara-acara TV dan majlis-majlis formal dan keraian yang besar-besar.

5. Kebolehen Liza dalam berlakon mula disedari setelah debutnya pada tahun 2013 melalui filem berjudul Must Be Love, seterusnya She’s the One (2013), Just the Way You Are (2015), Everyday I Love You (2015), dan yang terbaru My Ex and Whys (2017).

6. Beauty with brain! Liza Soberano pernah melanjutkan pengajian di sebuah universiti iaitu Southville International School affiliated with Foreign Universities (SISFU), di Metro Manila.

7. Liza juga turut terkenal dengan watak lakonannya sebagai Maria Agnes Calay dalam siri televisyen komedi romantik Forevermore (2014–15).

8. Selain berjaya dalam industri seni dan lakonan, Liza juga turut aktif dalam bidang perniagaan. Pada 10 Disember lalu, Liza meluncurkan pusat kecergasan Hope Hand and Foot Wellness di kota Quezon, Filipina.

9. Liza tidak tahu berbahasa Tagalog sehingga usia 13 tahun, dia mula mengambil kelas dengan harapan dapat membantunya dalam indusri lakonan di Filiphina.

10. She’s taken! Sorry guys, Liza juga dikhabarkan sudah berpunya dan kini menjadi milik pelakon Enrique Gil. Kedua-dua mereka mula rapat sejak berlakon bersama dalam drama Forevermore.


11. Liza juga seringkali aktif dalam acara amal dan kebajikan.

12. Justin Bieber pernah ‘follow’ Liza di laman Twitter. Malah, Shawn Mendes juga pernah tweet memuji kecantikan Liza Soberano. Wo!


Teks Wan Mohd Firdaus
Artikel berkaitan: PENAMPILAN PERTAMA SONG JOONG KI & ISTERI SELEPAS KEHADIRAN ANAK SULUNG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.











