Skip to content

KESERASIAN LUAR BIASA MARK WAHLBERG & HALLE BERRY DALAM THE UNION

KESERASIAN LUAR BIASA MARK WAHLBERG & HALLE BERRY DALAM THE UNION

Kongsikan artikel ini

Dua bintang popular, Mark Wahlberg dan Halle Berry dipertemukan dalam filem terbaru untuk menyelesaikan satu misi berbahaya.

Baru-baru ini Netflix berkongsi treler pertama eksklusif filem The Union yang menampilkan Mark sebagai Mike, seorang lelaki yang gembira menjalani kehidupan sederhana sebagai buruh binaan di kampung halamannya di New Jersey.

Namun selepas 25 tahun, kekasih zaman sekolahnya yang telah lama menghilangkan diri, Roxanne lakonan Halle, muncul semula dalam hidupnya. Kali ini apa yang ditawarkannya kepada Mike bukanlah percintaan, tetapi kerja yang mencabar dan berisiko tinggi.

Menyedari Mike adalah lelaki tepat untuk pekerjaan itu, Roxanne merekrut bekas teman lelakinya dalam misi perisikan berbahaya di Eropah. Sekali gus mendorong mereka kembali bersama dalam dunia pengintipan dan kejar-mengejar.

The Union Halle Berry Mark Wahlberg

Daya Penarik Halle Berry Menurut Mark Wahlberg

Selain Mark dan Helle, filem arahan Julian Farino ini turut menampilkan Mike Colter, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Jessica De Gouw, Alice Lee, Jackie Earle Haley dan J.K. Simmons.

Dalam satu temu bual, Mark berkata wataknya sebagai Mike adalah seperti James Bond versi kolar biru. Ditanya mengenai gandingannya bersama Halle, aktor berusia 53 tahun ini berkata dia merupakan peminat fanatik aktres itu dan mengagumi semua hasil kerjanya.

“Berkerja dengan Halle bukan saja sangat mudah tetapi juga menyeronokkan. Hampir semua lelaki atau wanita akan sanggup lakukan apa saja untuk memenangi hatinya, jadi tidak hairanlah saya asyik mengekorinya seperti anak anjing.

“Terdapat keseimbangan jenaka dan aksi dalam filem ini dengan jalan cerita yang menyaksikan keserasian mutlak antara kami,” katanya.

The Union akan menemui penonton di platform penstriman Netflix pada 16 Ogos 2024. Anda boleh menonton treler di bawah.

 

Foto: Netflix

Pautan berkaitan: PENYATUAN SEMULA BINTANG PRISON BREAK, DOMINIC PURCELL & WENTWORTH MILLER SELEPAS 19 TAHUN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA

MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA

Bacaan Lanjut
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut
10 FILEM KOMEDI ROMANTIK MESTI TONTON BULAN INI

10 FILEM KOMEDI ROMANTIK MESTI TONTON BULAN INI

Bacaan Lanjut
Chris Hemsworth

10 FAKTA MENARIK AKSI DI BALIK TABIR FILEM ‘EXTRACTION 2’ LAKONAN CHRIS HEMSWORTH [SPOILER ELERT]

Bacaan Lanjut
extraction 2

5 SOALAN BERSAMA SAM HARGRAVE, PENGARAH FILEM ‘EXTRACTION 2’ [SPOILER ALERT]

Bacaan Lanjut
SONG JOONG KI MENGHITUNG HARI MENIMANG ANAK KEDUA

PROJEK TERBARU SONG JOONG KI SELEPAS BERGELAR SUAMI

Bacaan Lanjut