Skip to content

MENURUT SAINS, AARON TAYLOR-JOHNSON LELAKI PALING TAMPAN DI DUNIA PADA 2024!

MENURUT SAINS, AARON TAYLOR-JOHNSON LELAKI PALING TAMPAN DI DUNIA PADA 2024!

Kongsikan artikel ini

Lupakan Brad Pitt dan Tom Cruise! Tuah menyebelahi Aaron Taylor-Johnson apabila dinobat sebagai lelaki terkacak di dunia pada tahun ini.

Aktor Inggeris yang disebut-sebut sebagai pengganti Daniel Craig untuk watak James Bond itu meraih skor hampir sempurna iaitu 93.04%. Jika benar dia akan menggalas watak ikonik ejen 007, Aaron akan diiktiraf sebagai ‘James Bond paling kacak’ dalam sejarah fraincas itu, menurut piawaian saintifik.

Setiap tahun, Dr Julian De Silva yang merupakan pakar bedah kosmetik dari Britain menganalis sepuluh lelaki terkacak menggunakan kajian sainstifik kuno yang digabung dengan teknik pemetaan komputer terkini.

Tahap kesempurnaan wajah mereka diukur menggunakan Greek Golden Ratio of Beauty Phi, sebuah teknik yang dipercayai digunakan oleh pelukis di Renaissance Eropah.

MENURUT SAINS, AARON TAYLOR-JOHNSON LELAKI PALING TAMPAN DI DUNIA PADA 2024!

Simetri melibatkan kening, mata, rahang, hidung, bibir dan bentuk wajah Aaron diukur dan dibandingkan dengan selebriti lelaki lain. Hasilnya, wajah pelakon berusia 34 tahun itu dianggap paling memenuhi kriteria idea kesempurnaan Yunani.

Wajah tampan Aaron boleh anda kagumi apabila menonton filem terbarunya, Kraven The Hunter kini sedang ditayangkan di pawagam tanah air.

 

Selain Aaron Taylor-Johnson, sembilan lagi selebriti yang tersenarai adalah seperti berikut:

2. Lucien Laviscount (92.41%)

3. Paul Mescal (92.38%)

4. Robert Pattinson (92.15%)

5. Jack Lowden (90.33%)

6. George Clooney (89.99%)

7. Nicholas Hoult (89.84%)

8. Charles Melton (88.46%)

9. Idris Elba (87.94%)

10. Shah Rukh Khan (86.76%)

 

Foto: Giorgio Armani

Pautan berkaitan: HENRY GOLDING ANTARA 10 LELAKI TERKACAK DUNIA, SIAPA DI TANGGA PERTAMA?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI TERKENAL YANG MEMINATI WANITA LEBIH MATANG & BERUSIA

5 SELEBRITI TERKENAL YANG MEMINATI WANITA LEBIH MATANG & BERUSIA

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

Bacaan Lanjut
PENCARIAN CALON JAMES BOND MENEMUI TITIK NOKTAH

PENCARIAN CALON JAMES BOND MENEMUI TITIK NOKTAH

Bacaan Lanjut