MILO VENTIMIGLIA DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PERTAMA
Beberapa minggu selepas diuji dengan kehilangan tempat tinggal, Milo Ventimiglia dan model Jarah Mariano berkongsi satu khabar gembira bersama peminat.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, isteri kepada aktor This Is Us itu mengumumkan kelahiran cahaya mata sulung mereka. Bayi perempuan yang diberi nama Ke’ala Coral Ventimiglia itu dilahirkan ke dunia pada 23 Januari lalu.
Model berusia 41 tahun itu memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dirinya memeluk tubuh Ke’ala, manakala Milo menggenggam kaki anjing peliharaan mereka. “Houseless, never homeless,” tulisnya.
Pasangan itu kehilangan kediaman mewah tiga minggu lalu akibat kebakaran besar di Los Angeles, sekaligus memaksa mereka untuk berpindah.
Milo dan Jarah yang sarat hamil ketika itu menyaksikan api marak memusnahkan kediaman mereka menerusi kamera keselamatan.
“Ketika melihat kejadian itu saya bagaikan tidak percaya dan terfikir, ‘Alamak, ini adalah realiti. Ini benar-benar terjadi’. Tidak lama kemudian hati saya terdetik, ‘Apa gunanya untuk terus menonton?’ Jadi saya berhenti. Kami terima takdir ini dengan hati terbuka,” kata Milo kepada CBS.
Milo Ventimiglia Teruja Mahu Bergelar Bapa
Pasangan sama cantik sama padan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tertutup di Hawaii pada 2023. Mereka mengumumkan berita kehamilan di Instagram pada Oktober tahun lalu.
Jarah memuat naik fotonya dengan perut yang semakin membesar di Instagram. Turut kelihatan tangan Milo yang sedang menunjukkan isyarat ‘shaka’. “Baby on board!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam satu temu bual bersama Us Weekly pada 2017, bintang Land of Bad itu berkongsi bahawa dia tidak sabar mahu membina keluarga.
“Ia akan berlaku pada masa yang tepat. Saya tidak terburu-buru mencarinya. Cuma saya tahu apabila waktunya tiba, ia akan hadir dalam ruang hidup saya dengan sendirinya,” ujarnya.
Foto: Getty Images/Instagram
Pautan berkaitan: BARU TIMANG CAHAYA MATA, HENRY CAVILL & NATALIE VISCUSO BAKAL BERKAHWIN?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MILO VENTIMIGLIA BAKAL MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG
Kehidupan Milo Ventimiglia dan isteri, Jarah Mariano bakal diserikan dengan kehadiran anak pertama tidak lama lagi.