MIZZ NINA & ESSAM MUHAMMAD DIRAIKAN DALAM MAJLIS RESEPSI INTIM DI KUALA LUMPUR
Lebih dua bulan mengumumkan perkahwinan, Mizz Nina dan suami, Essam Muhammad akhirnya melangsungkan majlis resepsi di tanah air.
Majlis mewah dan intim itu diadakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur. Mizz Nina dan Essam bukan sahaja diraikan oleh ahli keluarga dan sahabat handai, tetapi juga kenalan rapat yang ‘terbang’ dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Indonesia.
Antara rakan artis dan personaliti terkenal yang turut hadir memeriahkan majlis termasuk Lisa Surihani dan suami, Yusri Halim serta pempengaruh Aliza Kim.

Foto: Instagram
Pemilik nama Shazrina Azman tampil begitu anggun dalam persalinan serba putih rekaan Ezzati Amira, pereka sama yang menghasilkan busana pernikahannya. Rias wajahnya yang semula jadi pula adalah hasil sentuhan Fazz Ariffin.
Jelas terpancar keceriaan dan kebahagiaan pada wajah pasangan merpati sejoli itu saat mereka melangkah masuk ke dewan yang dihias indah sehinggalah tamat acara.

Foto: Instagram
Perkahwinan Kedua Mizz Nina
Jun lalu penceramah motivasi dan aktivis kemanusiaan itu mengejutkan peminat apabila mendedahkan telah bergelar isteri buat kali kedua.
Mizz Nina berkongsi khabar gembira itu di Instagram sambil memanjatkan kesyukuran atas perkahwinan keduanya, menganggap ia takdir terindah yang ditentukan Allah.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas rahmat indah ini. Saya ingin berkongsi kepada anda semua bahawa saya telah bergelar isteri baru-baru ini kepada suami tersayang, Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup bersama keluarga dan rakan terdekat.

Foto: Instagram
“Allah sebaik-baik perancang dan telah menulis bab kehidupan kami ini dengan begitu indah. Dengan restu ibu bapa, kami telah melengkapi separuh lagi agama satu sama lain. Kami mendedikasikan hidup kepada dakwah, berkongsi matlamat serta aspirasi yang sama, dan teruja menempuh fasa baru kehidupan ini,” tulisnya.
Mizz Nina pernah bergelar isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selama 11 tahun. Bekas suami isteri itu sah bercerai talak satu pada 4 Ogos 2022 dan kini membesarkan anak angkat mereka, Musa, bersama.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: SELAMAT BERNIKAH, INI FAKTA MENGENAI SUAMI MIZZ NINA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI
Noh Salleh bakal membuka lembaran baru dan menempuh kehidupan berumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa.
SELAMAT BERNIKAH, INI FAKTA MENGENAI SUAMI MIZZ NINA
Penceramah motivasi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina membuat kejutan apabila mengumumkan telah pun kembali bergelar isteri.
NOH SALLEH BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA
Sembilan bulan hidup solo, Noh Salleh bakal menjejakkan kaki ke jenjang pelamin buat kali kedua tidak lama lagi.
SAH BERCERAI, NOH SALLEH & MIZZ NINA MOHON DOA PEMINAT
Spekulasi keretakan rumah tangga Noh Salleh dan Mizz Nina terjawab apabila mereka mengumumkan perceraian selepas 11 tahun hidup bersama.