Skip to content

MUAH!

MUAH! GEGAR INDUSTRI MUZIK DENGAN SINGLE TERBARU BBF

Kongsikan artikel ini

MUAH! lancarkan lagu debut single terbaru mereka BBF lagu pop rock catchy kini berada di semua platform digital mulai 20 September 2024.

Industri muzik tempatan kini hadir bersama band MUAH! yang tampil dengan single terbaru mereka, “BBF” yang bermaksud Boy Best Friend. Kerjasama bersama Sony Entertainment Malaysia, kumpulan ini berjaya diketuai oleh vokalis utama, Naim Daniel, yang sebelum ini menjuarai Aunegrah Juara Lagu yang sememangnya bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Menampilkan genre Pop Rock, kumpulan ini juga terdiri daripada , Zenith (gitar), Tasneem (bass), Mairil (drummer), dan Ayai (keyboard).

MUAH! BERSEDIA MENCURI HATI  PEMINAT MUZIK GENRE POP ROCK!

MUAH!

Foto: Kumpulan MUAH!

Lagu debut single pertama mereka, BBF, mengisahkan kisah cinta penuh drama. Lagu ini mengisahkan di mana seorang pasangan lelaki memiliki kekasih, namun kekasihnya tersebut turut memiliki teman lelaki baik yang dianggap rapat yang cuba memikat kekasih hatinya. Perasaan curiga lelaki tersebut tidak berasa senang hati terhadap keadaan kekasih hatinya bersama teman baik itu.

Lirik lagu ini ditulis dengan perkataan yang santai dan mudah difahami bak kata kumpulan tersebut mempunyai penggunaan bahasa pasar. Mereka menjadikan lagu ini berasa dekat dengan kehidupan seharian kita. “Kami sengaja gunakan bahasa yang santai supaya pendengar senang nak faham dan rasa lebih relatable,” jelas mereka”, kata kumpulan itu.

BBF

Foto: Kumpulan MUAH!

Lagu BBF telah dilancarkan pada 20 September 2024 dan tersedia untuk dimuat turun serta distrim di semua platform digital.Pastikan anda jangan melepaskan peluang mendengarinya dan untuk muat turun BBF ke dalam senarai playlist anda jadikan lagu ini menjadi bintang dalam koleksi muzik anda!

Pautan Berkaitan: TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KRU

IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
afgan

TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST

Bacaan Lanjut
Hael Husaini

TOP 10 LAGU HITS HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA

Bacaan Lanjut
Amir Masdi

AMIR MASDI MEMBAWA WARNA BARU LAGU KEBANGSAAN 2024

Bacaan Lanjut
Kahar Kapla High Council

KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut