RAHSIA KEJELITAAN HANNAH DELISHA DENGAN GUERISSON
Hannah Delisha, pelakon dan penyanyi muda popular yang juga pengguna rangkaian produk Ginseng Merah Guerisson adalah antara mereka yang tergolong dalam golongan millenial. Pada usia 20 tahun, dia sudah membintangi lebih daripada 10 buah rancangan serta pernah memenangi Anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana 2017.

Bintang yang berdarah kacukan Inggeris dan Melayu ini dilahiran di Singapura dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi kumpulan duo iaitu Delisha dan akhirnya memilih untuk menggunakan nama kumpulannya itu sebagai nama pentasnya (fakta menarik: nama sebenarnya ialah Hannah Adlina Blackburne Birchshe).
Set produk Ginseng Merah Guerisson ini dirumus dengan Kompleks Ginseng Merah RG3 iaitu gabungan antara ekstrak ginseng merah berumur 6 tahun dan ginseng merah liposom yang tinggi kandungan RG3, bahan utama yang mengandungi saponin. Produk ini boleh menjadikan kulit lebih anjal dan mengurangkan kedutan pada kulit disebabkan penuaan.


Ginseng merah merupakan bahan utama bagi produk ini kerana ia dapat menguatkan daya ketahanan kulit dan melindungi kulit daripada perengsa luar, serta memberikan perlindungan yang berganda bagi melawan tanda-tanda penuaan dan penyahhidratan kulit. Apa yang lebih menarik, set Ginseng Merah ini datang dengan tiga produk sahaja iaitu Esen Kulit, Krim Mata dan juga Krim Ginseng Merah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.










