Regé-Jean Page Bakal Menjadi James Bond Seterusnya?
Dalam sebuah wawancara Britain, The Mirror pada hari Selasa 6 April, Regé-Jean ditanya mengenai spekulasi persoalan bahawa dia kemungkinan akan menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond berikutnya.
Regé secara berkias berkata mengenai spekulasi berkenaan:
“Ah, perkataan B (berkenaan). Saya rasa jika anda (berbangsa) British dan membuat apa-apa (yang menarik) perhatian, yang diperhatikan oleh orang lain, maka orang akan mula membicarakannya. “
Bintang Bridgerton berkenaan telah menyatakan perasannya bahawa dia “berbesar hati” kerana disebut sebagai James Bond yang berikutnya setelah hanya beberapa hari berhenti dari rancangan Netflix itu. “Saya rasa itu agak normal dan saya merasa berbesar hati kerana termasuk dalam kategori Brits yang orang perhatikan.” ujar beliau lagi.
Page mengakhiri komenya dengan berkata, “Tidak lebih – atau kurang – daripada itu.”. Jelas menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk menyampaikan apa-apa berita buat masa ini.
Tambahan lagi, disebabkan pandemik ini, bekas pelakon drama siri Bridgerton itu merasa bahawa ini bukan masa yang sesuai dalam merancang perkara-perkara yang serius.
“Saya rasa konsep mempunyai perancangan dalam sejarah ini (pandemik Covid-19) agak lucu. Oleh itu, saya sudah berhenti untuk membutanya”
Regé-Jean Page meraih populariti setelah berlakon dalam siri Netflix Bridgeton dengan membawa watak sebagai Simon, Duke of Hastings dalam siri drama romantis era Regency.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.











