Skip to content

REMY ISHAK DIKURNIAKAN GELARAN DATUK

REMY ISHAK DIKURNIAKAN GELARAN DATUK

Kongsikan artikel ini

Hampir dua dekad melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air, Remy Ishak kini bergelar Datuk.

Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, pelakon versatil itu menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM).

Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka itu berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada hari Ahad, 25 Ogos 2024.

Pemilik nama Mohamad Zalimei Ishak itu meluahkan keterujaan dan rasa tidak percaya apabila dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut.

Foto: Berita Harian

“Saya memang tidak pernah bermimpi pun sebenarnya (untuk mendapat gelaran Datuk). Mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan kepada saya,” katanya, menurut Sinar Harian.

Remy Ishak Tidak Mahu Disalah Erti

Anak kelahiran Durian Tunggal ini berkata penganugerahan ini tidak akan sesekali mengubah sikapnya. Dia tetap Remy Ishak yang dahulu walaupun kini telah bergelar Datuk.

“Saya tetap Remy Ishak yang sama. Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk ini sebenarnya tidak lebih kepada usaha menghargai jasa dan pengorbanan penggiat seni di negara ini.

“Saya menghormati penganugerahan ini yang secara tidak langsung memberi saya suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dalam bidang seni pada masa akan datang,” katanya kepada Berita Harian.

datuk Remy Ishak

Foto: Kosmo Digital

Pelakon berusia 42 tahun ini merupakan antara 60 penerima DPSM yang membawa gelaran Datuk. Selain Remy, turut menjadi penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka adalah Ashraf Muslim. Aktor Khilaf Yang Tertulis itu dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) daripada Yang di-Pertua Negeri.

 

Foto: Instagram/Kosmo

Pautan berkaitan: FARID KAMIL TIDAK LAGI BERGELAR DATUK

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 HERO MALAYA MASA KINI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
must watch may 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023

Bacaan Lanjut
“BOLEH KE?” - REMY ISHAK BERDEBAR MENANTI KEHADIRAN ANAK SULUNG

“BOLEH KE?” – REMY ISHAK BERDEBAR MENANTI KEHADIRAN ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
“BOLEH KE?” - REMY ISHAK BERDEBAR MENANTI KEHADIRAN ANAK SULUNG

ISTERI HAMIL LIMA BULAN, REMY ISHAK BAKAL BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut
ALASAN SEBENAR REMY ISHAK MENARIK DIRI DARI ANUGERAH BINTANG POPULAR

ALASAN SEBENAR REMY ISHAK MENARIK DIRI DARI ANUGERAH BINTANG POPULAR

Bacaan Lanjut