Skip to content

SYAFIE NASWIP TAMAT ZAMAN BUJANG DENGAN AKTRES NUR AFIQAH

SYAFIE NASWIP AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN AKTRES NUR AFIQAH

Kongsikan artikel ini

Tiada angin tiada ribut, Syafie Naswip selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya, Nur Afiqah Ishak.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan di Dewan Wilqadry, Putrajaya sekitar jam 11.04 pada 23 Disember lalu. Dengan sekali lafaz, Syafie dan Afiqah sah bergelar suami isteri.

Dalam majlis akad nikah yang disiarkan secara langsung di Instagram, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 berserta wang hantaran RM15,000 kepada pengantin perempuan. Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.

Syafie Naswip

Foto: Kosmo Digital

Pasangan sama cantik sama padan itu tampil segak dan anggun dalam persalinan tradisional rona putih. Syafie dilihat sebak dan menitiskan air mata kala membaca taklik, perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak.

Bibit-Bibit Cinta Syafie Naswip & Nur Afiqah

Walaupun perhubungan pasangan ini tidak diketahui ramai, ikatan percintaan mereka sebenarnya telah lama terjalin. Syafie dan Afiqah berkenalan dua tahun lalu sewaktu terlibat dalam penggambaran drama TV2 berjudul Cempaka Melati. Selain bergelar pelakon, Afiqah juga merupakan seorang model.

Kata aktor Sumpahan Jerunei itu, hubungan mereka erat beberapa bulan selepas tamat penggambaran. Majlis pertunangan mereka berlangsung tidak lama kemudian.

“Kami sudah kenal dua tahun lalu. Selepas berlakon bersama, kami mula rapat. Kami berjumpa dan secara perlahan-lahan terbit rasa suka. Selepas enam bulan berjumpa barulah kami bertunang,” katanya, menurut mStar.

Dan ada sebabnya mengapa dia merahsiakan berita gembira ini. “Pada usia yang semakin meningkat, saya mula sedar berita sebegini hanya orang terdekat sahaja perlu tahu. Biarlah keluarga dan rakan-rakan yang ada ketika susah dan senang saja tahu mengenainya,” tambahnya.

 

Pautan berkaitan: ALASAN SYAFIE NASWIP MELELONG TROFI KEMENANGAN FFM-25

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16

ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16

Bacaan Lanjut
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

Bacaan Lanjut
SEGALANYA MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN INTIM DYLAN SPROUSE & BARBARA PALVIN

SEGALANYA MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN INTIM DYLAN SPROUSE & BARBARA PALVIN

Bacaan Lanjut
SELAMAT BERNIKAH, DINI SCHATZMANN LUAH KETERUJAAN BERGELAR SUAMI

SELAMAT BERNIKAH, DINI SCHATZMANN LUAH KETERUJAAN BERGELAR SUAMI

Bacaan Lanjut
nenek bongkok tiga meerqeen hun haqeem

NENEK BONGKOK TIGA MENAMPILKAN HUN HAQEEM, MEERQEEN DAN RAMAI LAGI

Bacaan Lanjut
CHOI TAE JOON MENGHITUNG HARI BERGELAR SUAMI

CHOI TAE JOON MENGHITUNG HARI BERGELAR SUAMI

Bacaan Lanjut