Skip to content

Richard Kyle The Bachelor Indonesia

“SAYA TIDAK MEMPUNYAI ‘TYPE’ YANG SAYA CARI DALAM PASANGAN.” – “THE BACHELOR INDONESIA”, RICHARD KYLE

Kongsikan artikel ini
3 of 4

Apakah ciri-ciri yang anda cari dalam pasangan melalui rancangan ini?

Boleh saya katakan, saya tidak mempunyai ‘type’ yang saya cari dalam pasangan. Ketika dalam “The Bachelor Indonesia”, saya cuba untuk menjadi lebih terbuka dari segi hubungan dan percintaan. Jujurnya, ‘chemistry’ dan persamaan adalah penting, tetapi I rasa mencari seorang yang ikhlas dan autentik adalah keutamaan saya. Seorang yang boleh menjadi diri sendiri bersama saya.

Semakin meningkat usia ini, saya kini lebih rapat bersama keluarga dan lebih menghargai masa berkualiti bersama mereka. Dan, saya berharap pasangan saya seorang yang family-oriented dan akan mengharagai perhubungan yang saya ada bersama yang tercinta.

 

Richard Kyle The Bachelor Indonesia

 

Pada pendapat anda, apakah rahisa dalam perhubungan yang sihat dan berjaya?

As cliché as it is, saya tidak merasakan ia satu rahsia. Ramuan untuk sebuah perhubungan yang sihat dan berjaya adalah komunikasi dan kejujuran. Dengan menyertai “The Bachelor Indoensia”, perkara terbesar yang saya belajar untuk menentukan hubungan itu boleh berjaya atau tidak adalah bagaimana kami bertolak-ansir antara satu sama lain, serta memahami perbezaan antara kita.

I am a strong believer of the fact that opposites attract. Kedua ibu bapa saya dari latar belakang yang berbeza dan mereka menemui cinta. Sehingga hari ini, mereka masih lagi mencintai antara satu satu lain, dan menjadi contoh bagaimana cinta sejati itu boleh berjaya dengan tolak ansur dan pemahaman, selain komunikasi serta kejujuran.

 

3 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut