TRAVIS SCOTT DIGUGURKAN DARI COACHELLA 2022
Tragedi Festival Astroworld nyata terus memberi impak negatif terhadap kerjaya Travis Scott apabila namanya digugurkan daripada senarai penghibur Coachella 2022.
Keputusan tersebut dibuat setelah lebih 60,000 orang menandatangani petisyen untuk menghalang Travis membuat persembahan di festival muzik itu selepas 10 nyawa terkorban dan beberapa pengunjung tercedera di konsertnya bulan lalu.
Petisyen itu menggesa Goldenvoice, AEG dan pengasas bersama Coachella, Paul Tollet untuk menggugurkan nama Travis dengan alasan penyanyi itu mempamerkan kecuaian teruk dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap kehidupan manusia.
Menurut Variety, penganjur festival memaklumkan kepada ejen Travis mengenai perkara tersebut dan sanggup membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRAVIS SCOTT MEMBUAT PERSEMBAHAN PERTAMA SELEPAS BENCANA ASTROWORLD
Travis Scott membuat persembahan bersama Quavo pada hujung minggu di Grand Prix Miami selepas ulang tahun enam bulan tragedi Astroworld
PENGHORMATAN THE WEEKND BUAT KANYE WEST DI COACHELLA
Ahad lalu menyaksikan The Weeknd menerajui malam terakhir minggu pertama Coachella di samping kumpulan Swedish House Mafia.
HARRY STYLES, KANYE WEST & BILLIE EILISH TERAJUI COACHELLA 2022
Perancangan Coachella tahun lalu yang membariskan Race Against the Machine, Travis Scott dan Frank Ocean terpaksa ditangguhkan beberapa kali akibat Covid-19.
TRAVIS SCOTT & DRAKE DISAMAN KERANA MENYEBABKAN KECEDERAAN DAN KEMATIAN DI KONSERT
Konsert yang berlangsung di Festival Muzik Astroworld 2021 mengakibatkan 300 ratus pengunjung tercedera dan lapan lagi meninggal dunia termasuk dua remaja berusia 14 dan 16 tahun.
GROOMING BELAKANG PENTAS DIOR SUMMER 2022
Selepas sibuk di pementasan Dior cruise di Greece, dia juga sibuk di pertunjukan himpunan lelaki di Fendi dan terbaru tentunya mengolah idea grooming untuk pertunjukan koleksi musim panas Dior 2022.
GL FIRST: DIOR SUMMER 2022
Saksikan koleksi Musim Panas 2022 Dior Men dengan kolaborasi bersama Travis Scott.